Thursday, December 08, 2011

Tutt..tuttt..Tutti Frutti Day, Yow..!

Salam korang.. Pagi Khamis, pekes?

frozen yogurt lain ke dengan ais kerim? Haa lantaklaa mai kita ambush!!

Sekarang ini haa satu Kelantan duk sebok-sebok heboh pasal kedai yogurt baru bukak satu ni. Haa camnilah kami, ade je benda baru, memang nak kasi gempak tahap ekstrim. Eheh, aku ni pun kira terjebak gaklaa, satu kepala eksaited tahap tak ingat nak makan kat situ. Dah habis DP Pesbuk memasing terpampang duk pegang cup Tutti Frutti kat tangan, mau tak aku mengikuti perkembangan arus modenisasi global gamaknya.

Kami berlima dah plan nak buat gathering kat sini. Kalau nak buat reunion pun, ajak orang bukan main, tapi yang datang ciput je. Lepas puas bertuwit-tuwit, at last setuju gak nak buat hari Rabu. Antara geng jakun yang eksaited terlebih nak hisap yogurt beku tu tak lain tak bukan Hamimi Hamat (Anak Dato' Pajerow), Amirah Idris (Gopalan Balachandran), Syeera Shaari (Pok Guard) pastu Amin (Tyra Banks), lastly aku ler tuu..

yang ni Tutti size gedabak, only available
kat wallpaper dinding kedai okay

Amboi first time masuk sini terkebil-kebil tengok dalam pastu berdebar-debar sambil kira duit dalam purse memasing. Dengar khabar kat sini satu cup tu dahpun 30 hinggit mana tak berpeluh sambil fikir habislaa duit kerajaan bagi 100 hinggit nak makan Tutti Frutti semata? Memang spot nak habiskan duit ngan "bermanfaat" sekali yaa anak-anak sekalian.

Lepas ambil spot kat penjuru kedai tu, mulalah sembang tak tentu hala. Memacam gosip pasal semua orang habis ter-exposed. Haa dah semua orang split time form 4 pergi SBP memasing, mana takde cerita tak tercerita kan? Tetiba tersedar nawaitu sebenar nak datang sini heloo nak makan yogurt beku bukannya nak melalak bergosip tak tentu pasal, baru dapat hidayah kalut ribut nak ambil cup tu lepas tersedar abang cashier dah jeling-jeling manja.

anak dato' pegang DSLR tuu..

"Cak baa, cak baa! Aku ada Tutti!"
*bermonolog dalaman pulak*

Punyalah first time nak tarik-tarik mesin tu sampai yogurt tu takmo keluar, habis cuak semua kami berlima . Tapi nasib baik terimbas kembali MV Cinta Muka Buku yang si Najwa Latif operate benda tu, at last dapatlah jugak camner cara benda tu nak keluar. Nak pilih cup size saiz ape pun dah nak dekat suku jam memilih, tu tak kira nak pilih yogurt flavour ape lagi. Topping tu plak makk ooi, taktau nak letak benda apa, at last campur aduk je semua. Sampai pisang pun buat masuk, strawberry takyah kira, sampai melimpah keluar cup gamaknya.

Haa ni time paling menakutkan! Letak yogurt bukan main banyak sebab syiok time tarik handle tu, letak topping tu plak bukan main tergoda , tapi kan bila nak bayar habis genggam wallet/purse memasing takut column "Price" mesin kira terkeluar angka beyond expectation. Last-last, yang aku punya 17 ringgit 50 sen, layak menduduki carta kedua termahal lepas si Hamimi anak dato'. Fuhh selamat, duit kerajaan bagi 100 hingget masih berbaki 82 ringgit 50 sen kalkulator ku ditekan dengan rakus sekali.

muka syiok si jakun dapat Tutti

Tunggu dulu semua orang duduk, start ahh bizi nak snap pic. Adooi, takleh blah langsung. Tutti Frutti jerk baru ni, bukan Haagen Dazs lagik. Tu lahh kami, si jakun kononnya berduit. Sampai tak sedar hooi yogurt dah cair ni sep mung taknak makan lagi kew?

lazat hingga menjilat lututt

17 hingget ni, sayang lak nak makan.. Huhuu

Aummm! Nak telan siput sedut semuaa!

First time makan  sumbat dalam mulut, mau tak sorang-sorang muka sengih tahap tak ingat. Sedap betol lah benda nih! Padan betul dengan harga. Aku pilih flavour strawberry banana, tapi pesal rasa pisang cam takde pon? Ahh, lantaklah, sape nak kesah yang penting benda ni sedap betol, sampai cup tu pun aku gigit-gigit *hiperbola*. Pastu sambung cerita kisah hidup sendiri dan orang lain sambil tergelak terguling. Amboi, ingat satu kedai tu kami punya kew?

Tyra Banks ngan Tutti nyer

Eceycehh, cam celebrity gitu lo

Even sorang-sorang makan menjilat sudu serta cup ngan kadar maksimum, nak dekat satu jam jugaklaa nak habiskan satu cup tu. Definisi bersopan time makan yang mak ajar sejak kecik lagi tu, buat-buat lupa pulak noh. Siaplaa sapa yang takleh nak habiskan, aku tibai jew tolong perhabiskan. Kalau tak habis kan plak membazir nama tu. Betul tak betul tak betul tak??

Lepas makan tuu, yeah let's move on to next location. Tak jauh, lintas jalan seberang tu helo taman rekreasi Tengku Anis. Memasing kenyang ngan yogurt tadi, perut pun tak start nak digest isi kandungan tadi lagik, tetiba eksaited nak photoshoots bagai even jam tangan bagitau time tu tepat pukul 1 tengah hari. Ahhh, ape kisah? Kamera dah siap tergantung kat tengkuk tu bukan perhiasan semata. Betul tak betul tak betul tak?



Ehemm, anak sapow lerr nie huh?


Nak buat comel letuw  tapi tetap tak comel comel

kanak-kanak ribena, sunquick, nutrijuice? semua ada..

Nak sampai pukul 3 baru reti nak balik depa nih. Nasib baik kasi tumpang balik kalau tak depa ni memang takmo balik sampai malam. Tapi lepas tu, sempat jugak nak lawat rumah anak dato' sorang ni.. Makk oooi, besar gedabak betul rumah budak ni kan? 



Haa, before nak akhir kalam bagai, elok lah aku bagi tips bagi korang yang nak pergi melahap kat sana kan. At least ngan tips aku bagi ni, peratusan kejakuness korang tu kurang lahh sikit noh. Ehehh, terasa kaa?

  • Pilih cup ikut tebal duit dalam purse/wallet jangan lak ikut tebal perut. Nanti tak pasal satu cup sampai 50 hingget satu! Nanti kuch kuch hota hey atas lantai kedai pengsan time nak bayo takde sape nak kesah kat kau pun.
  • Topping yang berat cam buah pisang, naga ngan laici tu elok kurangkan. Kena tambah lebih banyak marshmellow dan sewaktu dengannya sebab topping ni ringan lightweight gituw je. Haa macam peribahasa 'bagai marshmellow di tepi cup tutti frutti'. Kan cakap nak jimat?
  • Kalau nak lagi jimat, pilih cup saiz XL (kaler pink) pastu isi penuh-penuh, kongsi duit reramai. Lagi syiok makan reramai kan? Duit pun tak telan banyak.
satu cup tak puas, konpem!

Huwarghh! Tak puas lagi satu cup. Nak lagi nak lagi nak lagi! Tapi seriyus benda ni boleh makan time kita ada banyak duit jer. Tapi kalau bf/gf/mak/bapak/sugar daddy/emak ikan korang nak belanja ke hape ke, jangan tersipu-sipu malu nak isi bebanyak noh. Uik, bila lah lagi kerajaan nak kasi 100 hingget lagik ni?

No comments: