Sunday, December 30, 2012

So what is your cuti panjang plan?

As-salam and bid an awesome day readers!

Time skolah dulu, time cikgu bagi soklan latih tubi berlori-lori kontena, time homework belambak takleh nak kata, time tensen exam keluar soklan yang tak excpect langsung, semua geng fivers seangkatan bising hoooi lambat lagi kaa nak cuti panjanggggg nih! Dah habis semua benda tu, tetiba semua jadi cam konpius taktau nak buat apa, termasuklah aku sendirik. Rasa cam nak masuk skolah balik lah plak. Eh? NOOOOOOOO!



Kalau congak-congak kejap tu, geng school leavers ni ade cuti 5 bulan lebih lah jugak, start dari paper last sampailah time dapat result. 5 bulan ooh, kalau tak buat pape kerja memang bosan nak meninggal lahkan. Setakat ni dah dekat 1 bulan lebih aku rehat, so for the next consecutive 4 months, aku ada plan aku sendirik. So here are my plans:

1) PART TIME JOB


Kerjaa! Nak duit sendirikkk! Tulaa fikir kerja part time ni semata nak duit sendirik punya pasal. Stakat ni aku dah try apply kat KFC airport, Switch KB ngan kedai kamera tapi semua dah full! The quest to find the job is still on, banyak lagi kedai yang aku list down yang tak pergi tanya lagi. Kalau boleh aku nak kerja tempat yang jual barang IT pastu yang guna communication skill. Cam kedai kamera ke, laptop ke, cafe ke.. Tapi kalau boleh aku taknak kedai fast-food sebab orang cakap kerja kat situ letihh gilaa pastu gaji ciput jaa. Betul ehh?

Weyy nak sebijikkk

Kalau ade income sikit tiap bulan tu, aku dah plan nak simpan sebab nak beli.. Macbook pro! Laptop idaman aku tuh. Papa aku cakap kalau nak Macbook tu aku kena support laa sikit, takleh ahh papa nak support 100%. So ade someone nak offer part-time job kat aku tak?


2) GET A DRIVING LICENSE

cehh adik sorang ni blajar drive kat legoland ghupanya

Yeah lesen memandu! Kalau aku ada lesen sendiri, nak pergi mana-mana pun dah tak perlu susah kat orang. Stakat ni, aku baru ada lesen L, kereta dan motor skali. So kena spend 8 jam lagi untuk latihan, baru kena test JPJ dan finally dapat lesen P. First time drive hari tu pun ohh cuak weh tapi pas bawak kereta tu lam setengah jam, syok laa plak jadinya sampai kereta yang aku drive nak tebabas dalam semak. Masuk lane orang sesuka hati ngan time selekoh tak signal tu takyah cakap lah, semua aku bedal hari tu. Bukan susah sangat pun nak drive ni ghupanya. 


3) ADD-ON WEIGHT!

17.7 jaa?

Ok ini pengakuan. Aku ni sebenarnya underweight! Aku pun tak paham, even aku makan lahap telan berapa banyak makanan pun body weight aku maintainn jaa, naik tak, kurang lagilah tak. Kengkawan aku pun pelik gak, even diorang tengok aku makan banyak, tapi still kurus kering camni jaa. Maybe pasni aku akan makan makan dan makan sesuka hati, pastu buat work-out sikit. Naik lima nam kilo pun kira okey lahh. Range berat aku dalam (49 - 51 kg) jaa, tak pernah lari dari tu.


4) PHOTOSHOP MASTERING


Time kat skolah dulu pun, memang takde masa nak bukak photoshop langsung. So dalam cuti ni aku nak masterkan skill photoshop aku ni. Nak belajar buat effects tu, study techniques ni dan memacam lagilah. Lagipun nak belajar sendiri pun senang, just bukak photoshop, youtube, webpage yang ajar photoshop dan master lahh start dari bawah, insyaAllah boleh.

5) IMPROVING SOLAT


Aku jugak nak improve aku punya solat ni. Nak betulkan balik bacaan yang mana tak betul lagi tu, nak hafaz sikit surah-surah al-Quran sebanyak yang boleh, nak hafaz doa-doa, zikir-zikir tu sekali. Nanti kat Uni nanti teringin jugak nak jadi imam. Kat sekolah dulu pun tak sempat jadi imam untuk jemaah besar, just jadi imam untuk makmum masbuq tu pernah la.. Nak jugak merasa jadi imam kat depan, dahla aku ni nak kawen dahh. Eh


So geng lepasan SPM kat luar sana tu, apa plan anda for the next 3 months lagi ni? For those who will proceed to the foundation level at UTP, UPM, Taylor's, etc tuu, terpaksalah korang sambung study dalam cuti nih. Takpe aah masuk awal, grads awal, kerja awal, duit masukk pun awal! So bagi yang tak sambung mana-mana tu, plan lah cuti panjang ni leklok. Jangan nanti habis cuti plak tak pepasal menyesal cuti terbazir camtu jaa..



So happy planning guys!


Tuesday, December 25, 2012

UTP's Jan 2013 Intake

As-salam and wish you all a nice day..

So today (25th December) the applicants who are applying for the UTP's foundation dah boleh check diorang punya status permohonan. Semalam UTP dah hantar mesej suruh check. So pepagi hari ni terus navigate lam laman web UTP tuu. Log in aku punya e-mail ngan password... dan...


Jeng jeng jeng!




Alhamdulillah aku selected, course CHEMICAL ENGINEERING. Haa tapi.. the biggest question is.. SHOULD I ACCEPT THIS OFFERRRRRR??! Huwarghh konpius pacik konfius! Kira aku ni memang bertuah jugak laa. Sebab time interview hari tu, UTP administrative cakap diorang terima lebih 4000 permohonan, pastu 3000 yang layak pergi interview and at last - just 750 person are selected. It's only about  25% successful applicants laa kan...

I'm totally tak tahu laa nak accept ke nak reject ke. Parents aku pun suruh decide sendiri so the decision is all by myself, diorang tak pernah paksa pun. Okay so this is my situation:

1) Not intrested pun..

Frankly speaking aku tak minat pun nak terjurumus lam Chemical engineering ni. Ehh dah tau tak minat nape ngko  tergedik nak pilih course ni jugak time apply haritu? Ouhh sebab time apply haritu pun cam ramai member aku pick course ni sebab-glamour? Tulaa pasal lagipun takde pendedahan sangat pasal couse ni dulu. Kalau aku proceed jugak, maybe I'll learn the things that I'm not get into it for almost 5 years? Or worse, working in the field that you don't even intrested for almost.. let say 40 years??? 


to be part of them?

Kat level skolah pun kalau tengah study subjek yang kita tak minat, tu pun tak sampai 2 tahun, dah macam apaa dah, ni lagilaa study sampai ngko nak grads. Nak camtuu? I don't think so lahh.. Yeah when it comes about our future, don't take it as granted.


2) The one that I prefer more...

Obviously, I prefer nak jadi PILOT. Huwarghh impian sejak kecil lagi tuh. Ingat lagi time aku kecik kecik dulu time papa bawak aku 1st time naik flight, kemain lagi aku semangat nak jadi pilot sampailaa skang! Yeah my passion is more into the flying thing and aviation-aerospace-aeronautics-related fields. But the problem is.. concerning to this career are first - financial. Tau lahkan kalau nak masuk flight academy paling kurang pun kena ada RM 300 000 ++ dalam tangan. Memanglaa boleh apply scholarship ke, pinjaman pelajaran ke tapi macamanaaaa? Tak tahu laa plak


to fly this king of the sky?

Em camtulah lebih kurang aku punya problem ni. Kalau aku reject, aku takut aku akan rasa menyesal laa pulak. Aku ni kira yang bertuah dalam 750 orang tu tapi camner plak ngan 3250 lagi tu? Mungkin gak yang tak dapat tu memang minat giler-giler punyalah nak masuk whereas aku ni plak jenis yang ehh nak masuk ke tanak masuk nihhh?

Tapi what if... entry to pilot cadet tetiba airliners tak bukak for 2013. Tambah lagi kan hari tu naik paper yang pasal lambakan pilot kat Malaysia nih, sampaikan ade pilot yang kena part-time kat KFC sebab tak dapat kerja kat mana-mana airliners. Tudiaa ahh ngan yuran pengajian nak dekat suku juta tapi terpaksa kerja kat KFC sebab at last takde kerja? Risiko tinggi beb


So between this...



And this...




Which one should I choose for...?



So camana nih? Aku sendiri pun taktao camna. Adoooi memang betul-betul konpius laa. Dahla kena lapor diri tengah bulan depan, in 3 weeks time lagi! So readers, what about your opinion? Feel free to share about your own opinion pertaining to this problem. TQ!


accept/reject pacik hoooi?



Saturday, December 22, 2012

Of the... Green named envelope

As-salam and bid an awesome day readers..!

Without nothing to do throughout this breezy day.. Yeah simply waiting for the call from KFC for the part time job yang entah bila nak tiba, tunggu  for the driving license test yang aihh lamaa lagi tuu, the kept common-repeating-Astro-tv-shows that make me simply hoooooi bapak aku bayaq astro bebulan bukan nak tengok siaran ulangan jaaa!

Then tetiba tergerak nak kemas bilik laah. Wah mak aku dengo ni mesti dia happy punyalah. First got to start at the study table corner, then just decluttered and tossed everything that won't supposed to be there, until I stumbled upon a gift box. This box was given as a gift as the award for PMR's best student dulu kot.  Then I took a glance into it and ehh! ade sampul surat dalam tuu, siap ade nama aku lagik. Then tetiba teringat ouh kenangan time kursus kepimpinan pengawas dedulu ghupanya..

kotak pun kotak jugak,
pasal ngko nak kemas bilik tu apa cheritaa plak?

Yeah terus teringat pasal the named-envelope-wish activity *nama tak urban langsung ngko bagi*.  So at the kursus, all of the prefects  will have their own envelope, with their own name on it, and the facis will paste the envelope onto the wall throughout the kursus. So kalau kita terhingin nak wish kat prefects lain tu, tulis jelaa wish tu and letak lam envelope tu leklok. Tak kira laa hate/love letters ke, resit hutang piutang ke dan apekejadahlagi ngko nak wish kat orang tuu, just tulisss sesuka hati okey

So at the end of the kursus, kita leh ambik laa balek envelope memasing tuu. Haa pastu mulalah galak nak baca. Kalau wish tuu ade orang puji kita melambung-lambung, pastu start ah buat baca kuat-kuat nak bagi seantero benua leh dengo. Kalau wish tu kutuk kita jaa, eh kemain lagi nak sorok-sorok dalam baju pulak ehh. So here's some of the wish cards that I got from the other prefects:

She's very active and I simply adore her spirit.
from : PUTERI NUR JASHENA

Heyy ikhlas keni macik? Seriously, kaulahh PKR terbaik!!!
from : ZATY AMIRAH

Cehh ade makna tersirat keni haa...?
from : the sweet-innocent-bubbly,
FARHANAH ISHAK

He's so understanding and
highly supportive person!
 from : the truly mr. genius of KUPSIS,
ATMARAAJ GOPAL

Bila plak aku masuk Melodi nihh?
from: ZATY AMIRAH *again?

I truly adore his sincerity and endless hardwork
from : NAZRIN

Who's ever thought that the person that I used to hate the most eventually
 becoming  my best buddy?? But u are still frickin annoying person man..!
from : FARHAN AZHAR

They call this girl a FREAK but we will always love her
quirkiness all the time!
from : AIDA AMALINA

The strongest girl from my point-of-view.. She's totally just
bash out of the critics  thrown to her and  at the same time,
still rocks her way out!
from : FARHANA AZMI

The almost-perfect-man.. I wish I can be like him..
from : SAFWAN SAYUTI

My closest buddy..He's smart, athletic, handsome *kot, and can lead well!
from : AFIQ AKASHAH

Those were just some of the wishes that I received from them. Whenever I came across in thinking of the majlis pimpinan pelajar , it was simply a precious memory. We had gone through our hardest time throughout the year together, facing the challenges and hardships with our toughest heart, facing all of the rough critics with our boldest spirit, but yet we still stand and united as a team that we can be proud of. 

Besides, we have the most awesome boss ever - Amirul Asyraf and Dania Sahira. Not to mention the diligent pair of secretary that put their souls in doing their tasks. As for me, the chance of becoming a part of this committee had really taught me on the real value of hard work, teamwork and also braveness - the truly us. 


whenever i'm feeling down,
i'll always read your wishes again and again


To all the members of Majlis Pimpinan Pelajar SMSKP 2011/2012, thank you for aiding me in generate a better version of myself... And also those precious memory that came along throughout our way. Once again, thank you!


will be placed forever onto this wall of frame.. and also my memory 



Thursday, December 20, 2012

UTP's Educamp 2012

As-salam and bid a fabulous day readers!

So as been said from the previous entry, I'll make an update for the frickin awesome Petronas Educamp 2012! So for the future-educamp-participants, take note laa ehh.. 



I woke up at around 5 am. Yeah quite early laa nak bangun pagi tu coz the night before dah set dah dalam kepala 'Man.. I need to studyy studyy studyyyy more on the engineering courses, nak baca tulaa nilaa' and all of those bla bla thing. Took about 30 mins of hot shower on the wee hours, ohgosh felt so refreshing! dan paling penting takde orang nak jerit hoooi lama lagi kaa nak berendam pacik tu hooi?

Right after putting on the typical interview attire (blazer + shirt + slack + tie), we went straight to the resort's cafe for having the breakfast. Punyalah makan kalut terkocoh-kocoh sampai nak tersembo kuetiau dalam mulut. Minum latte pun cam tasteless, yelah cuak wehh pepagi hari tuu..

final touch up pun guna facetime kaa

Then papa drove us straight to UTP. Time nilaa nak buat last minute punya preparation - polish kasut, letak benda potostat lam envelope, kasi pacak rambut dan sewaktu dengannya. Papa plak drive bapak laju semata nak secure tempat awal-awal.

110 ++ km/h on federal road? AES tadak kot

On the way tu, punyalah kereta bersusun ke UTP. Jenguk jenguk kot tingkap, eh boleh main ciku cak cak pulak ngan aku? Tengok gaya pun diorang ni geng participants Educamp gaklaa. Mane tahu tetiba ter-group skali kan? Masuk je dalam gate UTP tu, kereta bukan main banyak beratur along the way to Canselor Hall tu. Tengok jam aikk baru pukul 7 tapi manusia ayoyo ramai dahh. Punyalah semangat diorang nih.

pepagi hari dah bejalan setengah batu

Pas parking tu, terus jalan ke Dewan Canselor. Masuk jer lamtu, terus ade registration counter dan buat Q kat situ. Proses daftar pun kejap je, just tunjuk IC pastu bagi dokumen yang kena photostat tu semua. Then proceed to the 5th staircase in order to get the tag. Haa pastu tulis laa nama ngko beso beso. And then out of nowhere... "We are never ever ever... Getting back together..!" Bapak kuat! Ok ade orang call aku ngan ringtone volume maximum, tak buat silent plak tuh. Tetiba plak aku TERcapap. Erkk..

A57! Belong to this pacikk laa

Sebab tetiba jadi perhatian ramai doploh saat yang lalu, apalagi terkocoh-kocoh laa aku panjat tangga tu. Punyalah lagu jalan sampai tak sedo ehh sampai dah kat atas. Tengok tengok ehh mana orang laenn? Cehh datang awal-awal leh buat tanya mana orang laen. Then terus pick a seat, that was right in the middle section. Then one by one geng KUPSIS tetiba datang. Dan tak semena-mena dua row tu fully occupied by the kubangpasu students alone! Ehh tetiba reunion tak terancang pulak

u see how awesome this hall is..?

Soon the Educamp opening ceremony got started. While the 'orang besar' UTP was giving their welcoming speech, hah kami syok terlena kat atas. Bukan speech diorang tu boring ke hape, tapi ngan kerusi empuk plus angin aircond sejuk, mana kami tak terlena? 

Tapi time UTP's lectures explain pasal courses engineering yang UTP offers, semua terus fokus pasang telinga. Yeah the talks exposed you to many things that you don't even know about engineering in the first place. Ok example when the electrical engineering lecturer explain about the course, everyone seemed like..' alah kalau electrical engineering mesti TNB lahtuu'. But heyy rupanya electrical engineer pun at last end up leh jadi pilot jugak? You see the point?

got spotted by entahlaa macik mamarazzi mana lakni

everyone were standing to sing UTP's song..
Which about 99% in the hall like 'eh camana lagu diaaa?'

Right after the looooooong talks, then the participants were ordered to hop on the bus that would take us to the interview blocks. So here's the arrangement: For those who were placed in the A & B groups, the interview session would be held in the morning and for those in group C,D & E, their respective turn turned out to be in the evening. Huhoo fikir balek nasib baik datang awal, leh balek pun awal. Hooi interview pun tak start lagi tetiba pikiaq nak balik dah kaa?


As we reached the interview block, we were separated according to our respective groups. Ok aku ngan Viki, *student KUPSIS gakk* dah berpakat awal-awal lagi dah nak group skali, sebab kami dua jaa antara reramai geng KUPSIS yang dalam group A. Ok masuk je lam satu bilik ni, terus kena duduk ikut group, consists of 5 members, must be mixed races and gender. So I chose the panel 16, along with Viki, and two others chinese girl (Chiung & Shia) and also a Siamese girl (Bay). Tapi tetiba kami lima cam errr..heloo what's your name, where are u from and those bla bla bla a-new-friends-talks-stuff.

we're gonna rocks this panel!

On the table, we were given a topic. Tu kira cam case study laa. And it all about CRIME WAVE - TEENAGE. Fuhh at least the topic given ok nasib baik tak susah, banyak benda yang boleh pacik ni nak potpetpotpet jap lagi. After that, we were given only 10 minutes to do the brainstorming about the topic given, mainly about giving our own opinion about the issue stated, explain about the recommendation given and bring out (if any) your own recommendation that can be taken in order to solve the issue. 

Tudia tangan aku tak berenti tulis isi. Cam nak debate laa plak tulis penuh 3 pages. Tengok balek weyy aku sendirik tak paham plak tulisan aku yang maha kalut tuu. Tengah syok tulis tu tetiba teeeet! jeng jeng jeng masa ngko habes dahh. Huwarggh awat kejap sangat? Then we proceed to the waiting room. Time nilah gelabah tak hengat, dahla turn aku first! Cuakk ooh. Then, duduk jaa tak sampai seminit, tetiba "panel 16, number one please..!'. Ok that's my frickin turn mannn..

Jalan masuk lam bilik yang tertera PANEL 16 tu, intai dulu nak masuk. Pastu interviewers tu bagi sign angguk dan aku berjalan masuk ngan berusaha buat muka cover tak cuak tapi dalam hati ohgoshhhh! Then interviewers tu bagi aku duduk dan sesi interview tu bermulalah ngan rasmi.. 

***********************

SESI INTERVIEW PACIK NIH:

for sure bukan aku lahtu coz style rambut latest aku ni
cam Zayn Malik ok *pomm pelempang doploh  das


INTERVIEWERS: So u must be Amal Azraai right?

ME : Yes that's definitely me *buat sengih kambing

INTERVIEWERS: So tell me about yourself, Amal

ME : I am so delighted to share some of my personal information *cehh intro. My name is Amal Azraai bin Che Azuha, I'm 17 years old.. and bla bla bla. Habes aku cerita sakan sampai pasal blog ni pun aku ceritaaaa! *macamlaa depa tu nak dengo

INTERVIEWERS: So what do you think about this issue?

ME : First and the foremost, what can I observe is the rate of teenagers nowadays who are involved in crime is escalated by years. As we step further into this globalization era, this issue has becoming a major turndown especially to our own country of Malaysia. The prime question is, why the teenagers themselves... *dan bobelan aku yang berjelaaaaaaaaa


************************

Then sedar-sedar 'I'm sorry Amal but our time is already over'. Aku plak cam heyy banyak benda lagi aku nak cakap nihh. Tak sedar pun tengok jam hooi dekat doploh minit tujohblas saat aku duk potpet sensorang lam bilik tuu. Alhamdulillah aku speaking pun takdelah tersekat-sekat even aku gelabah wey, tapi pause kejap kejap tu ade lah jugak. Habis dahh individual interview, pasni lak for group interview! *muahahah excited


tunggu laa turn ehh

Tapi before group interview tu, kena ensure all of the panel members tu dah complete diorang punya individual interview. Tunggu punya tunggu *lama wehh*  finally.. PANEL 16!! Hahh kurang sikit cuaknye sebab sekali masuk 5 orang terus. For group interview ni, kita kena voice out kita punya recommendation and kena ambik satu jer recommendation atas persetujuan ramai. So apalagi aku start lah dulu ngan stand aku tu..


"I do believe that education is very significant in order to instill a good moral value since at the early stage of life" - ME

"But you're talking about teenagers who do not involve in the crime yet.. What about the teenagers who are already involve in it?" - SHIA

" I'm sorry.. But I think that by giving a special course to the parents, they can educate their children as well' - VIKI

"But what if the parents themselves do not take a good care of their own sons?" - ME

"Heyy.. it's their own sons! Isn't that what we call responsibility in the first place??" -VIKI

the spooky interviewers stare

Haa camtu lah lebih kurang dialog lima sekawan tu time group interview. Last-last kami semua pilih Viki punya recommendation. Pastu time interviewers suruh buat conclusion, semua 4 pasang mata terus tenung aku! And I'm like.. Whattt? Oihh dapat xtra marks ni, so apalagi aku cakap laa...

"So as a conclusion, what can I conclude about this issue is, all of the members of the society, including the government, parents and also teachers, should play their own role and must endeavour their best in order to cope with this problem effectively. Besides, we as a responsible citizen, should reflect the best value of Malaysian in order to bring this country's image to a greater heights especially in the perspective of the outside world" 

***************************

Habis je group interview tuu, so semua dah habissss! Semua cam bersorak hepi ouh our interview finally DONE! Lepas habis tu, semua bid goodbye dan terus blah nak balik. Habis pun awal jugak, dalam pukul 1.30. Pastu terus pegi melahap lunch free kat khemah ngan Farhan Azhar. Kadang tu pikio balik, tudia bangun awal pagi pegi hafal pasal minyak tu laa, kompeni ni laa, research tulaa tetiba jeng jeng jeng tak tanya sebijik ponn!

Pas solat Zohor tu, dah gerak dalam kereta teruss. Emm.. tengok cam KL dekat jee. So apalagi! KL jommmm! Hakhak buat lawatan last minute sehari kat KL pulak. 

ehh Kellie's Castle? Dengo cakap berantuuuu


Ok for those who will be selected in the next year Educamp, here's some tips and guidance for you:

  • First and the foremost, datang awal!!! Kalau boleh pukul 7 tu dah terpacak kat muka pintu. Sebab? Haa kalau daftar pun awal, kita akan ditempatkan kat group A atau B. So dua group ni session interviewnya waktu pagi, dan lepas habis jaa session kita tu, leh balek terus dahh. Group C,D & E plak? Haa kena tunggu sampai ke petang laa jawabnya
  • Dress appropriately. Kalau laki, pakai baju kemeja yang plain, takde corak dan cerah. Tie ngan slack, belt tu wajib. Blazer kalau nak pakai pun boleh gak, nampak hensem lagik. And for the ladies, baju kurung tu jangan laa pulak sampai 5 warna, kasut bertutup dan tudung yang simple yet effective. Ingat kita datang nak interview bukan nak jalan catwalk pergi casting Tyra Banks punya top model show
  • Mingle with others. Memang kat situ kita akan jumpa ramai kengkawan baru. So jangan nak berat mulut laa nak bertegur sapa. Nanti tak pepasal kena cop sombong ke hape. Sedikit sebanyak level nervous kita tu dapat laa surut sikit.
  • Be prepared. Kita wajib ambik tahu pasal course yang kita ambik. Contoh cam kalau minat chemical engineering, ambik tahu laa sedikit sebanyak pasal course tu. Kalau korang cakap yang korang nak jadi chemical engineer, takkan laa tetiba interviewers tu suruh cerita pasal aerospace engineering pulak kan?
  • Practise speaking. Yang ni pun penting gak coz mana-mana interview skang ni pun 100% kena speaking. Camne nak improve kita punya speaking? Korang just kena cakap cakap cakap tiap masa. Even duk sengsorang tu pun, practise. Takpun korang leh baca novel, mag, papers ngan watch movie english. Jumpa jaa word yang tak tahu tu, terus look up dictionary.
  • Be sensible. Especially time group interview. Even opinion orang yang tengah cakap tu korang fikir cam 'heyy ridiculous betol laa mamat nie', jangan terus terjah dia cam Nas Ahmad plak. Tau laa yang korang tu ade point yang lebih rational, biar dulu orang tu habes cakap, haa pastu baru kita cakap laa view kita tu. 

So that's all for the tips. Hope these might help you a little bit in attending the next Educamp.. So that's all for my UTP Educamp experience!


agak-agak layak tak aku nak masok?




Hye there! Thanks for reading this entry!
Feel free to drop a commment or just simply press the LIKE button.
Thank you!

Saturday, December 15, 2012

A trip to Toronto

As-salam and wish a nice day readers!

Eager to experience the frickin cool Canadian climate? Keen to enjoy Toronto skyline atop the CN Tower? Or longing for sleeping in the conifer forest under starry sky? Whoaa what a trip!

vroom vroom ready to Canada!

Ehh tunggu kejap. Cehh bila ngko look trough wallet tu kejap, eh ehh airport tax pon tak mampu nak bayo ke? Hahh ekceli saje nak kasi saspens. Kali ni bukanlah nak pergi Toronto pun tapi nak pergi- Teronoh. Even dua tempat nama nak dekat sama (TO-RON-TO = TE-RO-NOH) tapi hakikatnya bagai bumi ngan angkasa gitu beza dia. So ape yang ade kat Tronoh ni?

opcoz laa Universiti Teknologi Petronas! (UTP)

Yeah actually went there for attending the EDUCAMP UTP 2012! So for those who are qualified from the pre-selection (isi-isi borang maa), they need to attend this one-day camp. So Alhamdulillah I'm lucky enough to be selected among thousands of applicants yang nak masok UTP nih.

So I got the date of 12/12/12 for this EDUCAMP, oh well the same date as Kedah, Negeri Sembilan and KL candidates. Yeah pretty excited coz the majority of fellow fivers in KUPSIS who also got the offers are from Kedah! So it will not make me feel so awkward lah kat sana nanti. Haa habes laa nanti geng kubang pasu pegi angkut geng kat situ

a typical CH  streetview

In the morning of Dec 11th, we took off and headed to Ipoh through Gua Musang and Cameron Highlands. Indeed the condition of the roadway along these roads are much better than the Timur-Barat highway so no wonder lah my papa prefer this road more. We even managed to have our lunch at Cameron. Huhh pergi CH semata nak lunch eh? 

Roughly after 6 hours stucked in the back seat,  Alhamdulillah we reached Perak safely at around 3 o'clock. Then we stayed at the Clearwater Sanctuary Golf Resort near Batu Gajah. Ok this resort is frickin cool man! Surrounded by lush tropical forest, green golf course and tranquil lake, it actually make you wehh takmo balekk! 

u see what i mean?

Even the chalet we stayed at were nestling on the lake. The resort also offers a wide range of outdoor activities like tennis, boating and archering *favs! But beware coz kat sini haa biawak banyak betol. Jalan je kat mana, mesti biawak tu ada jugak.

awesome chalet
spotted one!

aku bawak buggy ni gerenti tejunam dalam kolam

So we were actually planning to try those outdoor activities. But suddenly it raaaaaainss heavily! Ohgosh lupakan jelah boating golfing archering tu bagai. Ehh but they got Wifi in the room! Pheww thank God or else I'll bored to death lah


heyy rain pliz be nice to meee
raindrops on the lilypad

So rather than goyang-goyang kaki, is better for me to make the preparation for the interview tomorrow. Yeah doing the typical stuff.. arranging the certificates, reading about petronas, study the all sorts of engineering courses sambil tu jugak snap snap pics pegi upload lam Instagram and bla bla bla..

habes berteraboor

haa bacalah segala mak nenek ni hah

ngan sofa skali  habes aku conquer

workplace budak nak interbiu

Then we decided to drop a visit to UTP. The distance between UTP and the resort tu pun takdelah jauh sangat pon, dalam 20 km camtu jaa. Masuk je dalam pagar UTP tuu, terus melilau mata tengok sana sini. Mana taknya, punyalah design U ni awesome gilaak! Ok lets start with...

Kompleks Canselor!

design cam airport Beijing laa pulak

the frickin MASSIVE library..

whoa seriously u mean 5 stories of BOOOOOOOOOOKS man!

fuhh the floating mosque.. awesome!

the roadways within UTP

spot someone on the right corner? yeah thats my over-excited papa!


Yeah after spending around 30 mins for the UTP's quick tour, we then headed back to the resort. My first impression for UTP was - WOWWW! So pastu pacik ni tetiba terover-excited for the EDUCAMP esok hari lah pulakk



So stay tuned for the full report of the EDUCAMP UTP 2012 in the next entry!