Sunday, March 11, 2012

Bila hidup bizi kalah artis

As-salam and bid an awesome day..!

Sori sori tajuk kat atas tu agak bajet sedikit. Ahakz bile lagi boleh tulis tajuk berunsur bajet-bajet kalau bukan kat belog sendirik kan? Even boleh mintak menu bajet kat kedai makan 1Malaysia dan ehh baru perasan laa pulak nasi menu bajet ngan hidup bizi kalah artis takde kaitan ghupanya.


Haa sapa kata masuk form 5 konpem duk hadap buku SPM 500++ pages semata. Aku rasa time form 5 ni laa kemuncak aku paling sebok. So meh laa aku share sikit-sikit pebenda lahh kejadah yang aku duk buat sejak 2,3 bulan lepas.. Kita mula ngan...

17 Febuari 2012: Thailand Internationalization Program

huhoo Thailand

Thailand! Yeah yang ni takpe laa nak sibuk-sibukkan diri sebab program ni memang syok pun. Dari melawat sekolah mak ooi nama berjela-jela nak sebut, shopping atas sampan ngan pasar pasar sekali terapung, pergi snapping pics ngan mermaid tak censored, shopping tengah malam tengah bandar sampai balik M'sia aku pokai takterlupa ehh.

21-23 Febuari 2012 : Kem Kepimpinan Kokurikulum

huhoo monkey import dari bostwana. tekad sekali

Duk teringat lagik time ni feel-feel siam, eh ehh tetiba kena pergi kem kat Singkir pulak. Kem ni hadoooi tension giler, kejap lari merangkak situ, kejap tu tergolek ayam golek pi sana sini. Pakai baju, stokin, kasut hatta underwear basah 3 hari pun heloo takde sape nak kisah pon

faktor dominan kehitam legaman kami

Eh ehh tapi syok laa pulak kem ni coz aku dapat naik kayak ngan rekod TANPA TERBALIK kat Pantai Merdeka, sampai hitam legam persis nationality Zimbabwe, jerit mengilai sakan time flying fox, panjat naik rock climbing sampai terlekat kat situ dah takmo turun dah, jalan kat tengah sawah 10km sampai kaki dah lali ngan pijakan amukan tahi lembu dan sebagainya. Fuhh esok Kuantan pulak. Eh?

24 -28 Febuari 2012: KESUMA SBP '12

leadership outreach yg havoc gilaa!

amboi galak si batik oren

Balik je kem tu, terus berkejar kat mesin basuh cuci ape yang patut. Packing pun main sumbat dalam beg jer. So petang tu terus naik bas pergi KESUMA pulak kat SEMSAS, Kuantan. 11 jam dalam bas, feel berkayak masih segar bugar di minda. Kursus ni adehh letih giler jugak tapi serius syok coz leh jumpa ngan KR ngan PKR semua SBP. Leadership Outreach, Grand Dinner ngan MB, create sorak rumah 10 minit pastu perform atas stage dan segala bagai lagi tu serius havoc!

3 Mac 2012: Road Relay Championship

711- my not so lucky numner

colours of houses - credit to Ms. Dibah!

Balik KESUMA skolah 2 hari. Tengok ape yang dah study mak ooi jauh dah tertinggal. Mana taknye, dah dekat 2 minggu takde dalam kelas. Hari tu pulak masuk road-relay wakil rumah. Hey ingat KR duk sibuk kutip nama participants takleh masuk ke? Haa dahtu jangan sebok nak tanye rumah ni dapat placing ke berapa.

4-6 Mac 2012: Exam UP 1




Huhaa sangat tension. Baru masuk kelas 2 hari tetiba helloo exam. Weyy aku takdan nak revise elok-elok. Dahtu benda yang tertinggal dalam kelas nak cover balik and at the same time, kena revise untuk exam pulak. Time exam 3 hari tuu aku tawakkal jer laa. Tapi nasib baik jugak laa aku tak fail Add Math yang aku baru nak revise malam sebelum tu. Eii jelez gila kat mamat sorang ni, even dia tak masuk kelas banyak hari cam aku tapi Add Maths maintain je A+. Tension

6-7 Mac 2012: Kursus Kepimpinan Pengawas



Habis je paper last LK, terus berkejo kat asrama packing untuk kursus pengawas pulak. Tapi nasib baik kursus ni buat kat hotel, so takde laa tension sangat. Ade shower panas, tido dalam aircond, makan pun taraf hotel so jom kita enjoy! tergedik cam Puteri. Tak tahan skali time last day tu, main perang pukul bantal reramai sambil terloncat atas katil. Fuhh hilang habis tension yang terkumpul dedulu. Lega

8 Mac 2012: Cuti yang tak layak dipanggil cuti

Yeay balikkkkk! Haa habis bersorak leh balik esp aku ni yang dah 6 minggu tak balik kampung. Huwarghh tapi homework cikgu bagi penuh satu beg troli whereas baju ngan barang lain dalam beg kecik jer. Boleh imagine homework banyak mane? Buat balik bukan main banyak tapi nak buat tu ikut level kerajinan laa pulak. 

18 Mac 2012: Pidato

Eh ehh bukak cuti tu dah terus lawan pidato. Adooi teks pun tak tahu katner lagik. Nak hafal lagi. Ahh lantaklaa dulu yang penting aku nak update blog skang ni.

22-24 Mac 2012: Outdoor Learning Class Trip of 5 Expert

Huhoo lawatan kelas. Penang ngan Cameron kami nak conquer. Dan jugak sesi menghabiskan duit mak bapak dengan giat sekali. Kwanghajaq

26-30 Mac 2012 : FRSIS International Symposium



Whoa yang ni paling eksaited! Leh jumpa ngan kengkawan seluruh dunia sebab ni international punya program. Eksaited eksaited jugak tapi presentation tu ehh eh dah buat ke belum?

*******************

jangan buat aku jadik gilaaaaak..!

Haa tu untuk bulan 2 ngan 3. Yang the rest tu tak larat aku nak tulis sebijik-sebijik. So imagine laa hidup aku skang ni camner.. Kejap tu kejap ni lepas satu ni, benda ni pulak dan yang paling bahaya, weh study aku pekes? Weyy aku pun nak rehat jugak! So ade sape sape yang nak sponsor vacation aku ke Europe? Ade ke tak? Over


2 comments:

Jeyhahaahaha said...

Envy you Mal.I wish I can enjoy the same thing too :-)

Adnin.

Amal Azraai Azuha said...

@ ADNIN

yeah its enjoyable xperience but its
LETIH GILAAAA!

Eh adnin?