Saturday, March 10, 2012

Sawadikap, Tomyamkap, Somtamkap Thailand!

As-salam..

Eh ehh lama giler dah aku tak berblogging nih. Punyalah bila hidup bizi kalah artis Hollywood. Ahakz segala kesulitan amat dikesali macik pacik yaa... 

Sapa tak eksaited kalau sekolah organize program pengantarabangsaan? Haa yang buat muka tak malu tersengih-sengih persis kerang bakar kuala perlis mintak kat cikgu nak pi tuu sape lagi kalau bukan aku kan? Haa bila cikgu umum pasal program ni, mau tak duduk senang kanak-kanak riang versi ribena berkuasa Tera mintak nak pi. Over

yeay, mai pi, mai pi..!

Program pengantarabangsaan ni dah jadik agenda wajib kalau kat SBP. Kalau geng-geng sekolah premier, depa tu sampai pi Europe Aussie bagai. Biasalah alumni mak ooi kaya-kaya. Even sekolah aku buat kat Thailand sekali je pun, dah kira okey what? Lawatan ni pulak, 17 prefects terpilih ngan cikgu-cikgu skali yang pergi. Lokasi? Sekitar Hat Yai ngan Songkhla sekali. So tunggu ape lagi? Let's goooo..!

yeah MAS!

Eh ehh kejap? Bila pulak kami naik MAS ni? Selak-selak peta ohh rupanya Hat Yai tu takdelah jauh sangat pun. Naik bas pun boleh sampailaa, tak perlu nak cross laut hatta tasik Tonle Sap nak sampai sana. Ahakz bajet nak naik flight konon, bukak selak dompet yang ade just IC time darjah 6 dulu sekali ngan 1000 baht Thailand. Nak bayo caj airport pun tak lepas. Mengada

yeah BAS SEKOLAH! (pun okey lahh)

tengok, dekat je kan?

Punya lah semua orang eksaited nak pi, pepagi buta eh dah bersusun nak naik bas. Dalam pukul 7 pagi camtu, terus kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam punya immigration complex. Haa sampai sana yang turun bawak kamera kena marah ngan pacik kastam. Aku gelak gelak dahtau tempat camni mane leh ambik gambo! Amboi kawan kejam tak habaq mai dulu kat depa nih.

muka tension takot tak lepas border ke?

Lepas tu lak, naik bas balik pi kat immigration belah border Thai pulak. Berderet punya barisan nak kena lepas. Lepas habis cop-cop mohor ngan abang kastam siam tu, langkah setapak lepas pintu and say sawadikap Thailand! Ngan rasminya aku jejak bumi Gajah Putih ni.

border dah lepass!

1 mesej 3 ringgit! 1 minit call doploh ringgit! sanggup on phone?

OTW to Hatyai tu lak, terus rasa cam kat dunia lain. Signboard? Wehh aku tak paham, ngan font meliang lentuk ngan macam sabdu pun ade. Highway depa ni takdelah grand cam Highway PLUS tu. Environment memang berbeza. Motor pun depa banyak guna dari kereta. Wire elektrik lak berselirat sana sini sampai aku mabuk tengok wire tuu. Tambah mabuk lagi aku time pacik bas pasang lagu tamil berentak retro. Dari duk layan lagu tuu, lebih baik aku jenguk luar tingkap tengok view.

common sights.. OTW there
haa tu principle korang duk ceramah pebende?
weh gajah! weh gajahhh! (buat jakun pesal?)
Haa kantoi duk snap pic awek siam

ooi galak duk main jenguk-jenguk.. dasar penjengukan 2 hala gitu
macik  sorang ni dari border tadi lagi duk sibok snap pic orang tidoq
perabot jati nih, terbaekk dari Siam

Lepas sejam setengah camtu dalam bas, at last kami sampai jugak kat sekolah HATYAIWITTAYALAI 2 School. Okey sebut ramai-ramai HAT-YAI-WITTA-YALAI-TWO-SCHOOL. Nama bukan main berselirat nak baca sampai keluar habis dengun mad mad izhar nak sebut. Tu lah pasal pacik bas sampai nak insert nama sekolah tu dalam GPS pun berkali-kali erase baru dapat. Tu pasal sesat dulu dalam ladang estet mane ntoh before nak sampai.

sawadikap! masuk pintu keluarlah belah tingkappp!

Masuk je pagar sekolah tu, terus semua terngango bersudut acute angle. Mane taknya, sekolah tu BESAR giler, ngan pokok memacam jenis, pastu air pancut besar tengah tasik. Wehh first impression dah macam ape, tuu tak masuk dalam lagi ni. Turun je bas, terus diorang ni sambut. Berdiri berderet dari hujung tengah-tengah panas semata nak sambut kami. Time ni lahh boleh feel persis artis diva sikit. Ahakz



Dahtu siap kalung-kalung bunga kat cikgu, kami pun masuk dalam dewan terbuka nih. Haa siap geng orkestra ngan koir duk ready kat situ dah. Banner kat belakang tu bukan main beso lagi tulis nama sekolah kami. Mane tak terharu? Skali conductor dia datang gerak-gerak tangan, terus kembung pipi pipi adik kakak duk tiup trombon tu. Eh nanti kejap, pastu lak geng tarian pulak masuk buat show. Amboi diorang ni mengancam betul time menari.. Kalau kat M'sia terus kena ban gamaknya.



Lepas tu lak, kami dibawa ronda-ronda pusing sekolah tu. Mak ooi sekolah diorang ni memang besar, ngan bilangan students nak cecah 4 ribu Mr.Pricipal tu cakap. First masuk tu dalam bilik mesyuarat. Jumpa habis ngan pengetua sekali ngan pentadbir tertinggi sekolah tu. Tengok kiri kanan piala plak bersusun kat rak. Sekolah ni memang bukan calang-calang sekolah laa wey. Lagi satu, gambar raja-raja kat sini memang banyak. Belek balik buku Sejarah, memang orang siam ni taat kat raja kan? Sana sini boleh tengok potret Raja Chulalongkorn ngan Mongkut.


Lepas tu lak masuk dalam bilik guru international. Kat sini kalau subjek cam English, Mandarin, French ke, terus cikgu dari negara tu dibawa masuk kat sini. Bagus bebeno sistem diorang kan? Haa pastu lak masuk bilik colourful cam kat atas tu. Ni bilik Math diorang. Dah tahu Maths tu akan buat student diorang sakit kepala, terus diorang hias cantik-cantik cat warna harmoni. Nak cari nilai integrate pun konpem laa tak tension-tension kalau kat sini.


Terus proceed masuk bilik ICT. Masuk dalam tu, tengok habis student mengadap laptop masing-masing buat assignment. Wehh kat M'sia mana ade mende ni semua! Bawak laptop pi skolah pun duk main ciku cak ciku cak ngan cikgu disiplin. Tapi kan, yang susah sikit kat sini ialah.. KOMUNIKASI. Orang Siam ni memang diorang tak master betul-betul bahasa mat minah salleh ni. Kalau nak tanye paper ke, mesti kami kena construct ayat yang se-simple mungkin, tu pun nasib baek gila kalau diorang faham.. Haa aku bagi contoh sikit komunikasi antara ayam dan itik kat situ:

Aku : Why the school is soo bigg??

Minah siam : Ooh, Thailand is very hot..!

*Sampai skang aku tak paham ape kaitan antara sekolah yang besar ngan thailand yang panas..*


Jalan lagi lepas jalan.. Jumpa pulak ngan kooperasi diorang. Sebijik cam 7-E. Kantin diorang pulak tak ubah cam medan selera. Tapi yang paling ketara kat sini sistem pembelajaran. Diorang gunakan sisitem cam belah barat tu, yang students yang cari cikgu, bukan cikgu yang cari masuk kelas. So time Biology, sape yang ambik subjek tu pergi laa kat makmal whereas yang free tu bolehlaa nak melepak kat mane-mane. So its a common sight bila tengok students skolah ni reramai buat halaqah atas lantai sambil duk study sesama.


Yang buat kami paling kagum, skolah diorang ade cam pusat sains negara yang mini punya. Nak masuk dalam bilik tu pun hanya certain people esp pelawat dari luar laa. Students kat situ pun diorang cakap tak boleh nak masuk sesuka hati. Facility kat sini, esp bilik multimedia tu memang banyak. So self-access centre untuk students kat sana memang meluas laa. Time ni lahh serius aku cakap, memang jelez gilaa kat diorang ni. Kalau nak kira skolah kat Malaysia memang jauhhhh giler beza ngan skolah kat sini. 


Lepas tu intai jenguk pulak dalam library diorang. Mak ooi, bukan main besar lagi, penuh satu floor tu library ONLY. Tapi buku kat dalam tu majoriti buku bahasa Thai yang aku bukak belek memang konpem tak paham sepatah pun. Kat sini jugak pakai baju ikut warna based on kelas apa. So kalau kelas ICT, pakai laa baju pink untuk hari tu. Kalau ade kelas sastera pulak, pakailaa baju hijau. Tapi uniform skolah diorang tak stail sangat. Ehehh, minus point untuk skolah tuu.


Sampai tengah hari kami duk pusing sekolah tuu dan tiba masa dah nak balik.. Wehh, serius rasa kejap je. Cam taknak balik, sebab skolah ni memang syok habes! Sikit pun rasa tak macam dalam skolah. Time before leaving tuu, amboi galak semua nak snap pic ngan bebudak siam. Seriously, diorang ni semua peramah dan tak lekang dari senyuman. Even time aku tanya soalan lain, dapat jawapan lain, diorang tuu tetap mesra duk layan kami.


So, its time to bid bon voyage to HATYAIWITTAYALAI 2 school!

ecehh, muka terlepas awek siam

ehh nak ikut naik bas ke akak?

sawadikap! eh ehh bukanke time balik kena sebut tomyamkap ke?

tengok! macik mamarazzi ni cakap takmo balik!

Baru cerita lawat kat destinasi pertama dah berjela cecah lantai. Haa nantilah aku buat part 2 pulak ehh. So ape yang aku akan cerita dalam part 2 nanti?

LUNCH @ TOMYAM PEDASSSSS!
SHOPPING ATAS AIR?
KISAH SI DUYUNG TAK CENSORED?
SHOPPING SAKAN TENGAH BANDAR..?

Soo stay tuned!

kami + diorang = havoc!



3 comments:

amy azuha said...

lepas nie jgn wat balik aweks siam pulak

Amal Azraai Azuha said...

@ AMY AZUHA

Ehh awek siam tu kena check betol2 validity dia tu.. kot kot yang xori kang, susah pulok!

kartunketot said...

HAHA:)