Wednesday, March 14, 2012

Sawadikap, Tomyamkap, Somtamkap Thailand (Part 2)

As-salam..
Yeah sambung balik part 2..

2nd destination: Makan time..!

Next destination? Opcoz makan tengah hari laa.. Dah semua orang terbayang tom yam ngan segala bagai makanan thai tuu, kami berhentilah kat sebijik restoran ni. Nama? Wehh jangan tanya akuu, sebab time turun bas terus berkejar cari toilet.  Haa lah, sebok nak masuk jamban, nama restoran tu pun sape nak kisah? Tapi yang pasti restoran tu HALAL lahh wey. 

redi?get set.. aummm!

Time makan tu, kami duduk kat meja bulat, kira cam makan kat hotel lah lebih kurang. Even restoran ni bertapak kat tepi jalan jer, tapi grand ape. Ngan deco yang cantik, bertemakan moden gitu. Haa time makanan sampai, terus jaa telan segala bagai menu tuh. Menu yang aku kenal? Erk sori aku kenal tom yam dia jer. Yang lain tu plak aku tak ambik kisah pon. Tapi tomyam kat situ memang bezz, lain ngan kat Malaysia. Makanan kat situ aku bagi 4 bintang lah. Nak lebih? Hidang air berperisa kat kami, baru dapat taraf 5 star.

pics bad quality sket.. snap ngan BB

3rd Destination : Klong Hae Floating Market

Lepas makan, semua orang hepi balik. So skang ni masa untuk shopping! Tapi jap, nape diroang panggil ni pasar terapung? Sebab kat sini peniaga tu berniaga atas sampan pastu lak kita kena meniti atas titi. Tapi mostly makanan laa banyak jual kat sini. Tapi lak jangan risau halal ke tak, sebab majoriti peniaga ni orang Islam. Kalau was-was tu, tanye jer laa. Wehh, diroang ni terror jugak speaking okay.

meh pi meh pi..!

Sistem kat sini mudah je. Kalau korang berkenan kat something tu, just  tunjuk dan cakap laa nak banyak mana. Pastu barang tu diorang akan hulur ngan guna bakul bergalah panjang. Pastulak, letak laa duit dalam bakul tu. Kalau tak buat camni, mau time nak ambil barang kita nak beli tuu, jatuh gedebuk dulu dalam sungai. Kreatif jugak orang siam ni ehh. Kat belakang sampan peniaga tu jugak ade terpapar menu beso gedabak, ngan harga sekali..

spot yang baik untuk tolak someone dalam sungai..hikhik

korang leh pilih nak bekas air camner

kat blakang tu ade menu.. dalam english lahh

Panjang jugak pasar ni, dalam 2km..

memacam bende ade kat sini.. murah ngan sedap

huwargh yang ni paling aku suka!

haa sapa nak tolak aku mai cepatt

tempat nak makan pun diorang buat jugak

4th Destination: Samila Beach

subhanallah.. magnificent!

Haaa pantai! pantai! Excited habes semua orang nak tengok pantai. Aku sendiri pun dah lame giler tak jejak pantai ni. FYI, pantai kat sini BERSIH GILER! Tak macam some part of pantai Malaysia, sampah berterabur, nak mandi manda pun tak lalu. Time ni lah aku impress kat rakyat Siam, memang diorang jaga kebersihan leklok. Orang kite apecer?


Kat sini plak adooi ade satu statue mermaid kaler hijau. Tapi yang takleh blah mermaid tu bolehlaa pulak buat free show kat tempat public. Tak censored betul. Ishh kalau budak-budak tengok pastu tanya "mak, amenda nih mak..?", makbapak die nak jawab camner? Adooi tapi kat mane lagi boleh tengok mermaid topless camni erk? Ahakz


Ingatke nak stay sini pastu nak tengok sunset sekali reramai. Pacik bas dah ponn ponn tu so naik laa balik bas. Tapi sempat lagi berhenti kat gerai souvenirs nak beli apa yang patut. Murah pun murah weyy. 1 papan keychain ade 7 bijik keychain 100 baht (10 ringgit) jaa? Haa terus beli sepapan tanpa kompromi.



5th destination: Hat Yai Night Market

Ekceli kat pantai tu lagi duit aku bawak 1000 baht tu dah lama out of service. Bukak wallet kat sana eh duit Baht dah habess?!So before shopping kat tengah bandar Hat Yai tu berpusing ligat aku ngan kengkawan cari money exchanger. Fuhh at last jumpa jugak, terus tukar duit. Environment kat sini tak ubah cam kat Hong Kong. 



Kat sini plak, barang cam baju ngan souvenirs memang murah giler, lagi murah dari kat tempat lain. Tapi kan, majoriti baju yang jual kat sini omaigod banyak yang berunsurkan 18SX. Weyy ade ke orang nak beli baju camtu? Aku pun naek heran. Lepas baca print ngan mesej kat t-shirt tu, terus gelak reramai, pastu pergi kat kedai baju sebelah plak. Haa camtu lah kami bukannya nak beli tapi duk gelak kat t-shirt tak senonoh jee kerje.

alhamdulillah t-shirt senonoh

cari cari mane t-shirt kwanghajaq!

Penat jugak nak cari baju yang bebas dari unsur tak senonoh. At last aku beli jugak sehelai dua. Tapi serious murah t-shirt kat sini. 3 helai kite boleh dapat dalam 150 Baht  (15 ringgit) camtu. Tapi ngan syarat pandai tawar-menawar laa ngan pacik macik kat situ. Weyy katner lagi leh beli baju ngan harga murah camni? Fuhh terus borong. Lepas shopping tu lakk terus cari makan dinner kat Restoran Hamid. Makanan kat sini agak pricey sikit tapi nak buat camner, ni je kedai halal yang aku nampak kat situ.

menu pun dah nampak xclusive, tu tak tengok harga lagik!

btw thanx kat macik mamarazzi ni for the treat. huhoo makan free!

So tu ajer laa kami punya trip kat Thailand ni. Serius syok boleh hangout ngan kengkawan sekali, kat luar negara pulak tu. Dari apa yang aku tengok, kalau nak diukur dari sudut kemajuan ngan taraf hidup, memang menang kat Malaysia lah. Tapi kalau aspek sikap rakyat tu memang Thailand menang. Ehh bukan nak kata orang Malaysia ni kwanghajaq ke ape, tapi orang Siam ni memang peramah dan tiap masa tak lekang ngan senyuman.


sawasdeekrap Thailand!

Tengok lah, kalau aku ade rezeki lebih, SINGAPORE pulak bulan 5 nih!


1 comment:

Nur Syamilah Solehan said...

Haha xD amal , sero lunch meme dy hidang air kosong je..sbb aritu g pom air kosong jugakkk =='
mermaid ?? kat samila beach right ?? :)