Monday, May 28, 2012

Expecting the unexpected

Salam and bid a bliss day peeps...

Kadang tuu, bila kita dah expect yang kita akan dapat satu benda tu, tapi tetiba tup tup tak dapat pulak.. Honestly speaking, rasa FRUST tu tak terkata laa. Tapi eventually those irritating feeling will eventually fade off by the days. Its proven that time is the best remedy right? Well, its initiated due to the HK SBP.



Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh, or HKSBP for short, is the most anticipated event, for both students as well as SBP's teachers. Time ni lah geng2 debaters ngan pembahas akan berentap ngan students SBP throughout the nation. Even aku pun dah set dalam otak yang aku nak pi HK time first jejak kaki kat skolah. Sebab aku tahu sangat, event camni mesti grand giler punyalah..!

So start dari tahun lepas, aku tekad nak masuk bahas. Sebab bahas ngan debate ni jadik ticket untuk aku ke HKSBP. At first aku lebih minat kat debate, tapi entah camner, aku tengok yang bahas ni sorang laki form 4 pun takdak yang nak join. So aku switch masuk bahas. Time tu aku tak kisah pun nak masuk mane2, yang penting aku kena focus leklok and just do the best. Punyalah spirit nak bahas tu meluap-luap.

2011

Time aku form 4, team bahas Kak Jan yang jadi ketua. First day aku masuk skolah ni, aku tak kenal pun Kak Jan ni, sampailaa hari tu, bila semua prefects form 5 buat perjumpaan ngan batch form 4. So start dari situ Kak Jan invite aku masuk team bahas. Aku betul2 kagum kat Kak Jan sebab dia betul2 terer pasal bahas nih. Banyak giler ilmu bahas, nasihat ngan informasi yang Kak Jan ajar. Lagilah aku hormat Kak Jan sebab dia tak kedekut ilmu pun. Even aku pun still malu malu segan ngan Kak Jan time tuu.. Ahakz

HK tahun lepas Kak Jan and the geng represent skolah. Okay lah bila team skolah menang 2 dari 3 match. Tapi Kak Jan still tak puas hati. So lepas HK tulah, Kak Jan train betul2, penuh determination kat team junior cam aku nih. Several days before the school days ended, Kak Jan ade hantar surat kat aku. Dalam surat tu, aku ingat lagi Kak Jan pesan suruh bawak team bahas tahun depan elok-elok. Even orang cakap team bahas takde chance nak pergi jauh, Kak Jan suruh ubah perspektif orang tuh, biar kami boleh bukti, team bahas SMS Kubang Pasu boleh pergi jauh. Start dari situ, aku TEKAD. Tekad ngan SETEKAD-TEKADNYA nak bawak team bahas 2012 cam harapan Kak Jan, dan jugak skolah.

2012

Aku form 5. Dan jugak calon SPM. Start dari awal tahun lagi aku skali ngan Amalina Ibrahim terus hidupkan team bahas. Kami nasib baik sebab skolah peruntukkan 1 bilik khas untuk geng bahas.  So senang laa bagi kami nak buat meeting ngan practice kat situ. Ketua bahas tahun ni kami sepakat nak pilih Amalina Ibrahim. Sebab aku pun ade komitmen lain yang lebih penting, Ama memang sesuai jadi ketua bahas. And the time goes by.. Makin ramai muka baru yang intrested nak join bahas. Aku pun hepi sebab pelapis tahun depan agak ramai.



Nak dekat tengah tahun, practise dan meeting makin banyak. HKSBP pun dah makin dekat. Aku pun jadi cuak. Dan satu hari tu kami ada friendly ngan IKUPS. Match ni kali kedua friendly aku ngan skolah SBP lepas ngan SMSAH tahun lepas. Cikgu trainer bahas cakap performances aku agak baik. So aku rasa chance aku nak ke HKSBP makin cerah. Tahap confidence aku pun increase. Tapi time tu jugak, aku banyak takde kat skolah sebab terlibat ngan aktiviti lain. So banyak jugak meeting ngan practice aku terlepas. 

Friendly bahas kali kedua plak ngan SAINA. Time tu serius aku tak berapa nak prepare betul2 sebab time tu aku memang terkejar-kejar ngan aktiviti lain yang jugak tak kurang pentingnya. Time lawan tu, team kami jadi pembangkang dan aku jadi ketua pembangkang. Entah lah camner, time lawan tu tetiba lidah aku jadi kelu! Nak lontar hujah pun tersekat-sekat, izin laluan pun aku just bangun dan tetiba senyap dan paling teruk, konsep pihak pembangkang pun aku tak ulas. Memang team kami kena belasah teruk ngan team SAINA. Lebih buruk, tetiba ja aku sakit perut time lawan. Memang takleh nak fokus time tu.

Lepas lawan hari tu, team aku jadi macam dah renggang. Aku dapat rasa. Aku memang spoil terok time lawan hari tu. Even cikgu bahas pun cakap performances aku dah merosot. At first, aku down gaklaa sebab peluang nak ke HKSBP dah pudar. Tapi kawan baik aku, Farhana Azmi still stay by my side to support me. Aku bangun balik! Tiap-tiap masa, even dalam bilik air, aku prektis cakap cakap cakap dan cakap. Member sekeliling pun takde lah nak naik tension ngan aku sebab depa ni semua supportive, nak tengok aku dapat pergi..

So satu hari tu, aku ingat lagi.. Hari Selasa, lepas exam BIO.. Ama jumpa aku. Aku tahu sangat, mesti pasal HKSBP nih! Tetiba dia pun cakap AKU DAPAT PERGI!!! Whoaaaaa time tu memang hepi tak terkata, syukur jugak kat Allah sebab perkenankan doa aku selama nih. Tetiba jaa, semangat aku naik lagi tinggi, aku cakap dan azam dalam hati, "INSYAALLAH TEAM BAHAS KUPSIS AKAN JADI GEMPAK!"

Hari Khamis. Right before exam LK. Ama datang jumpa aku skali lagi. Dalam hati, mesti dia nak bagitau info2 pasal HKSBP tu.. Maklumlah, dia kan ketua, mesti kena jadi informers. AKu tengok air muka dia, cam ade something wrong jak? Before aku sempat tanya, dia mula cakap dulu.. 

"Azraai... Jangan sedih tau..."



Aku dah agak. Worst case scenario unfolded right in front of me right now. So aku pun masuk balik kelas, speechless, tak tahu nak buat apa. Pastu time exam LK tu aku fokus leklok. Nasib baik aku dapat buat ngan elok. Seksa nak mati tahan rasa frust ngan sedih aku tu time exam. Lepas habis soklan last, aku tak tahan lagi dah nak tahan. Aku mintak kat cikgu jaga exam yang aku nak pergi toilet. Dalam toilet, aku basuh muka cepat2..

Tapi nasib baik jugaklaa aku tak menangis teresak-esak, just berair sikit-sikit. Dah okey sikit tuu, aku keluar toilet ngan tersengih-sengih. Aku tahu aku jadi pelakon sengih terbaik untuk hari tu, depan kawan-kawan, sambil cakap balik yang aku tak dapat pergi. Semua orang puzzled, hari Selasa hari tu cakap boleh pergi tapi hari ni lak.. Cakap takleh plak?

*****************

So, what else to say? Semangat aku untuk bahas terus jatuh mati terkubur. Tapi aku betul-betul down time tu. Aku bersyukur sangat sebab aku ade kengkawan dan cikgu yang amat memahami. Aku luahkan feeling aku kat member yang paling aku percaya. Aku jugak nak ucap trimas bebanyak kat cikgu yang sudi ambil berat pasal aku. Mungkin benda ni agak mengejutkan sebilangan pihak, tapi aku terima benda ni dengan baik. Mungkin ada hikmahnya aku tak dapat pergi kan? Aku bukanlah nak cakap yang aku ni better dan lebih experience from the rest, so aku layak. Tapi aku fikir jugak, penat lelah sejak tahun lepas tu macam SIA-SIA jer. Tapi aku redha. Dan aku akan tetap terima keputusan ni..

******************

Special wish to team bahas SMSKP:

Amalina Ibrahim (Ama) :

Jaga team bahas kat STAR tu elok2. Aku kagum kat kau sebab kau punya semangat dan azam yang tinggi! Kau jugak kalis kritikan dan cakap-cakap belakang orang. Even time kau sakit pun, komitmen kau bagi tak pernah luntur. Kalau kau takde, memang team bahas tahun ni tak kemana pun. Maaf jugak sebab aku banyak kali ponteng practise. Bersebab tau.

Khairun Nadiah (Nad) :

Good luck for u too! Aku suka dengar suara kau yang lantang tu. Even orang lain pertikaikan kebolehan kau bahas, buktikan kau tu boleh buat! Aku yakin sangat!

Khairil :

Aku kagum ngan kau sebab kau memang genius bab bangkang-membangkang nih. Kalau nak cari flaws pihak lawan pun mesti kau jumpa punya. U've a great potential! Keep it up!

Hakimah :

Kimah jangan ever felt guilty. Jangan pernah fikir yang Kimah bersalah coz ambik tempat abang Azraai ke hape. Dah cikgu dah pilih, atas dasar bakat dan keupayaan yang Kimah ada. Jangan terus salahkan diri. Kimah ada gaya tersendiri dalam bahas. Just go on okeyh!

present in the pic, but absent in reality

So last word, Kak Jan, I really sorry sebab Azraai tak mampu nak bawak team bahas KUPSIS macam Kak Jan nak untuk tahun ni. To all my friends and teachers, who are always become my crying shoulders, thank for the continuous support. So officially, bahas untuk aku berakhir sampai kat sini..

it really does indeed

At last I'm capable to express all here out.. What a big relief!



P/S: Sorry but i must admit something. From now on, I'll hate bahas forever. Sincerely, goodbye bahas. 


4 comments:

Syamilah Solehan said...

sedih plak dengar citer awak ni amal ..
takpo , mungkin ade hikmah disebalik semua ni .. jangan sedih2 oke =)

white chocolate said...

salam. abg azraai, kami mintak maaf sangat. kami tak tahu cerita sebenar pun smpai kami baca blog abg azraai. sorry..

AZL said...

sedihnya..
ada hikmah tu.. nak betul2 expert bahas bukan boleh ambik masa satu, dua tahun...

tapi, rugi lah tak dtg STAR utk HK..
budak SBP lain yg dtg kata HKSBP 2012 is the best so far..

Tuan Yang Di-pertua said...

patutlah aku tak jumpa kau..hoho~