Thursday, June 07, 2012

We're heavy eaters


Anak Che Azuha dan anak Che Hamat memang begini harap maklum sekian...




Tuesday, June 05, 2012

Essay of the day

As-salam and bid a pleasant day...

Tulis essay? Sape kata nak tulis essay tu satu benda yang tak seronok? Ehh sapa kata..? Tok wan aku pun ceria bahagia jaa tulis essay Nippon-go time zaman jepung dedulu. Time ni lah kita leh express semua benda yang kita nak cakap tu keluar. Tambah lagi essay BI yang tajuknya agak open. Nak melalut merapu ke sana ke mari bagai ehh tak jadik masalah bagi teachers ngan madam kat skolah kan? 

Nak tulis pun tulis jugak ehh tapi camner kalau essay yang kita tulis tu jadik teramatlah mengarut? Tulaa imaginasi tinggi tak hengat. Nak jadikan cerita, hari tu teacher kelas aku ade bagi hand-out pasal story completion. So tanpa banyak songeh, terus kami buat. Pastu lepas siap tiba lah time presentation. Habes manusia dalam kelas tu berebut nak present, tup-tup tetiba sorang mamat ni terpilih nak baca essay dia.

So nilah essay mamat sorang tuh:
* klik pic untuk tumbesaran tak terbantut

tragisnya critak leh buat muvi FD 6 pulak

aduh kecian kat nenek sorang nih, sayor punya pasal

anjing pun jadik mangsa keadaan..?


Kesannya, habes satu kelas tergelak tak sudah..

eish depa ni gelak ala cover sopan pulak

haa manirah telan pen teroih

Haa lupa nak bagitau sapa punya essay lah ni.. Tak lain, tak bukan si Azrul Azim lahh. Mamat ni memang berimaginasi tinggi betul. Dia ni jugak special sebab suka kat benda aneh, kejam dan eksterim. Selalu laa jugak lukis entiti yang berunsurkan darah, zombi, muvi Saw dan sepisisnya. 

adooi anak murid aku awat jadi camni?

cewahh tekad terserlahh...

Okey lah jugak kan. Kalau satu kelas buat essay serius jer, tak syok lah pulak kan. Cekgu pun aiyoyo naik boring mengadap essay budak skema doploh jam sehari. Memang orang unik diperlukan time cenggini. Hah, nak tau lagi kesah bebudak aneh bin tan sri pelik dalam kelas aku ni, dah jangan buat muka seposen rupiah, bukak jaa belog mamat nih:


*ehh Caqib aku promote dah belog kau, share aku manooo!



Saturday, June 02, 2012

Responsibility, Trust and Hope

As-salam and bid a hassle free day readers...

Jawatan. Tak kira lah yang paling kecik hingga paling besar, bendahari kelas hatta perdana menteri pun, memang satu tugas yang besar nak dipikul oleh sorang individu tu. Kepercayaan umum kat pemimpin memang penting untuk tengok organisasi yang dipimpin tu terus success. Tiap orang mesti jadi pemimpin dalam hidup ni, tak pun at least untuk diri sendiri.



KR atau ketua rumah atau house captain bagi rumah Lamda. Jawatan yang cukup penting bagi aku. Sebab semua aktiviti kat SBP ni based on rumah, bukan ikut kelas atau form cam skolah harian. Dah dekat lapan bulan aku pegang jawatan ni, macam-macam benda dah aku pernah rasa dan lalui. So entry ni aku nak express sikit sebanyak opinion aku pasal tiga benda kat bawah ni, ikhlas dari hati.

Responsibility

Tanggungjawab. Mid-September tahun lepas, time aku promoted jadi KR. Even aku tahu sangat time tu ade sebilangan pihak yang tak puas hati ngan result tu dan nak sangatkan KR tu orang lain kan? Aku pun jadik macam tak semangat nak pegang jawatan ni. Aku sebenarnya tak kisah pun dapat ke tak, sebab benda ni hanyalah satu jawatan. Dah start jadi pun ade pihak nak tentang dan persoal, mana rumah ni nak maju. Tapi tuu cerita lama.. Persepsi manusia, biasalah kan?



Masuk tahun ni, keadaan dah jadi makin baik. Mungkin 'pihak' tu dah nampak apa sebenarnya kebolehan aku. Bukan kat sini aku nak tunjuk lagak atau riak semata. Alhamdulillah stakat ni rumah ni dah jadi rumah teratas untuk 5 bulan berturut-turut. Harap kekal sampai hujung tahun, insya-Allah.

Jadi KR? Memang bukan kerja main-main. Penat start dari awal pagi lagi. Memang tiap pagi kena make sure dorm-dorm kat wing tu dalam keadaan terbaik, tong sampah kena kosong, bilik iron kena clear, pantry bersih, toilet ngan washroom tersusun elok. Kalau kotor wing tu, KR dia jugakla yang first kena. Sejak aku jadi KR ni alhamdulillah anak buah aku boleh dengar order leklok. Suruh buat tu, buat, suruh buat ni, pun buat. Ikhlaskan hati, pahala menanti kan?

Tanggungjawab, memang besar.

Trust

Amanah. From the first ever moment aku dapat jawatan tu, terus rasa satu amanah besar gedebuk terpikul atas bahu. Time tu laa jugak start kepercayaan semua ahli rumah kat KR baru ni. Benda ni pun bukan main-main sebab start kita jadi pemimpin, sebelah kaki kita dah berpijak kat neraka. 



Aku jugak nak minta maaf kat semua ahli rumah, especially students aspura sebab ada masa jugak aku pun rasa malas nak buat duty. Mungkin mood aku tak elok sangat hari tu, so aku buat tak endah je kat condition wing tu. Tapi as for now, takdelah moment yang aku memang fed-up kat wing tu sampai aku completely taknak ambik kisah pasal wing, sebab semua ahli rumah ni memang mudah nak terima arahan. Tapi takla terbeban sebab member sebaya, especially prefects ngan badar banyak sangat bantu sama. Trimas.

Amanah, bukan mainan.

Hope

Harapan. KR mana yang taknak tengok rumah dia berjaya, on top, stand out from the rest? Aku pun sama, still nak tengok rumah ni terus gemilang. Insya-Allah, aku akan buat yang terbaik untuk rumah ni, tak lupa jugak bantuan dan kerjasama dari seluruh ahli rumah. Kita boleh, rumah kita memang berpotensi besar. Ingat tahun lepas? Kita dapat tempat kedua rumah terbaik keseluruhan? Sikit aje tu lagi nak menang tahun lepas dan, takkan pulak nak bagi rumah yang sama menang besar 3 kali berturut-turut kot? Tak akan.



Kita imbas balik dari awal tahun. Kejohanan larian comel, kita jatuh. Tahun lepas kita juara, tapi tahun ni tetiba jatuh. Tapi takpe, ruang improvement ade lagi. Pastu lak minggu Intifal Keindahan Islam. Kita pun tak menang time minggu tu, tapi tak bermakna kita dah gagal. Pastu lak kejohanan merentas desa. Kita stay kat rangking 5/6. Kedua sebelum terakhir. Semua acara awal tahun ni memang kita tak conquer, tapi tak bermakna kita dah gagal kan? Aku pun sendiri tahu, rumah aku ni part mana yang lemah, part mana yang power. Sebab tulah kita kena improve yang lemah, kekalkan yang dah okey tu. Initial failure is the best ladder for a great success in the future. Pegangan kami.



Apa yang aku harapkan sebagai KR, bersatulah kita sekuat mungkin untuk kejayaan rumah kita yang tercinta. Elakkan permusuhan sesama sendiri, tak kisah laa kecik ataupun besar benda tuu. Kita punya potensi yang cukup hebat untuk bawa naik rumah ni ke tahap yang tertinggi. Kita mampu.

Harapan, menggunung untuk kejayaan.


and a special words to:
PKR

Penolong ketua rumah/vice house captain. Trimas atas segala sokongan, dorongan, kerja keras, usaha, komitmen yang diberikan sepanjang pimpinan rumah ni. Even umum tahu sangatla kau tu garang, suka marah aku, suka buat kontroversi, suka buat announcement panggil aku banyak kali, tapi kau tetap seorang PKR yang hebat. Susah tau nak jumpa pemimpin cam kau ni lahh. Even time pemilihan tu aku cam, "ehh dia ni ke jadi PKR aku??!", tapi tu dah cerita lama. Siapa sangka, orang yang aku under-estimated kebolehan dia awal dedulu, tetiba hari ni boleh mengagumkan aku. Trimas kawan! Ohh lupa bagitau nama... Zaty Amirah bt Ahmad Rashidi. *bangga lahh tu aku sebut nama kau

dia.

Lastly, 

KR. Benda nilah yang ajar aku banyak benda, kenal bermacam jenis manusia, timba pengalaman baru yang cukup mencabar, buka peluang yang lebih luas,  handle banyak jenis program, improve aku punya self-esteem dan jugak pupuk nilai kerjasama yang cukup penting. Trimas buat semua sebab bagi chance untuk aku dapat rasa semua benda ni, sekali seumur hidup.

Insya-Allah, semoga berkekalan.

a great success awaits for us, insya-Allah!

MAY ALLAH BLESS US, ALL OF THE LAMDARIAN, FOREVER.