Monday, August 20, 2012

A raya day of SPM victim

Salam lebaran bulan Syawal yang muliaa semuaa..

Nak kira ngan jari yang sepuloh ni pon still tak cukup aihh brapa lama ngko tak hupdate belog?? Bukan stakat berhabok bersawang tapi sampai tahap bergua Niah teroih.. Tu laa pasal mai kita rujuk balik title entry, well budak SPM laa katakan.. Study study SPM ngko tengok kalendar namploh hari lagi kan? 

Seriusly, for puasa tahun ni, 27 hari posa kat skolah pastu lagi 2 hari tu jaa posa kat rumah. Dan aku pun baru jaa habis exam Trial SBP. Imagine kami exam 10 papers dalam dewan yang tudiaa sekufu ngan gurun Gobi 'sejuknya' dalam tiga minggu tu. Semua dok kalut tunggu aihh bila laa nak balik nihh... Hah habis paper 3 Bio, semua lari lintang pukang kemas beg yeah balik time!

kwang kwang kwang muka budak takleh balek awal...

Okay yang stay dekat2 tu leh balek petang tu ahh.. Tapi lak geng luar Kedah yang dah booking tiket bas ngan flight terpaksa laa balik esok hari. Adoyai kalau bagitau awal sikit pasal cuti hari Khamis tu kan takpe. Ni tak pepasal kena stay lagi kat hostel for another doplohpat jam. Pagi Jumaat tu laa baru aku sampai rumah fuhhh paineli!

ehh balik raya bawak bukuuu? eksyen jakaa?

Raya tahun ni cam tahun kebiasaan laa jugak. Preparation pun takdelaa besar-besar pon. Baju raya? Ahah, baju ni tema warna oren satin gitu. Punyalah time nak jahit baju time bulan 6 hari tu beriya sangat, pastu time nak bayar, habis si bapak ngan si anak-anak skali ternganga doploh cm. Tak sangka lak kos baju raya aku ni sama ngan yuran makan asrama first sem aku.. Nak taknak terpaksa kegiatan leret meleret mastercard papa. Kwanghajaq punya anak, lawan taukeh nampok.. 

skali pakai pastu simpan guna balik time kawin

Kalau pasal makanan lak, sate ngan nasi himpit tu wajib ade laa untuk tiap tahun. Pastu tahun ni ade spaghetti siket pastu ngan memacam kek ngan snek. Haa biskut raya tu memang perlu ade laa dalam 4,5 jenis jugaklaa tahun ni. Beli pun berpada laa kalau tak habis lakk membaziaq amalan syaitonnirojim pulok kang. Pastu nenek aku wajib buat ketupat 'dakap' ke nama dia kot. Spesel imported dari Pasir Mas ni wehh..

kek sarawak ngan tart buah bertingkat cam KLCC
hah ni dia ketupat nenek aku tue

haa jenguk sket padiaa dalam ni?

kuah spagetti air tangan cikgu seni visual
daun pokok mana laa pi kutip tabor atas nih

haa yang ni kek sarawak bertingkat Burj Khalifa plak

kuih+snek+biskut haa mai macik pilih nak telan

fuh fuhh tiup habok dan sesawang

First day of raya, memang satu family akan balik kampung belah papa. Dah jadi tradisi adat zaman berzaman. Alah kampung tu pun dekat Pengkalan Chepa jugak, drive 10 minit pun sampailaa. Semua berkumpul reramai kat surau family kat rumah nenek. Solat raya pun sekali reramai kat situ. Kat sinilah segala ahli family arwah Haji Ismail berkumpul lepas berbulan tak jumpa. Family sorang ni kat belah utara, sorang ni belah KL, sorang tu lakk belah overseas merata. Time ni aje laa kami leh berkumpul sesama kutip duit raya semaksimumnya ehh?

jomm balek kampung jomm

lintas langsung dari angkasapuri kampong kemumin


cehh warna warni aidilfitri gitu lak depa nie

nak duit raya salam laa duluuu

aceceh sini apple sinih!

Ohh time sesi bagi duit raya, bukan kemain lagi berator yaa bebudak semua nih. Tapi aku takde laa nak beratur skali tu. Dah pangkat veteren ni, buat ape nak beratur lagik kan. Buat malu mak bapak sedara jaa buat muka comey doploh ribu rupiah nak mintak duit raya. Sampul raya ayah aku bagi lak spesel jugak sebab tu sampul red warriors. Pastu tetiba lak kena ambush ngan cucu cicit Hj Ismail berebut nak sampul limited edition tuu.

"haa ambo sokong red warriors dehh!"

tetiba teringat kat LAMDA aih

sesak betoi rumah arwah atuk anak beranak habis balek kampung

Time raya, tak sah laa kalau tak ambik pics reramai kan? Time ni lah boleh kita kumpul reramai pakai baju cantik-cantik pastu snap pics sesama. 

haa cepat snap upload pesbuk

expressions memasing

aik sapa takdak teka teki

yeargh aku paling tinggi

papa n sis amiey si cikgu sk sik

alah malu lah plak nak upload pics ni ekceli

depa takdak ghejaa

siket2 angkat peace takde kejadah 

ibu mintak ampun sebab aritu pi karok tak cakap dulu ehh?

Tak lupa gak kat semua members yang texting wish selamat hari raya tu semua. Ingat jugak korang semua kat aku ehh. Sory jugak sebab ade mesej yang takdan nak reply sebab kredit takdak habis kering dah. Tak jumpa plak aku kedai top-up yang bukak hari ni.


So first day raya ni memang kami satu family akan stay kat rumah jer. Hari ni lah majoriti sanak sedara ngan kengkawan semua kan datang kat rumah. Hari ni jugaklaa memang konpem sibok tiap masa. Satay kena bakar biar cukup, air oren kena bancuh cukup rasa , spaghetti plak kena stand-by celur atas dapo dan bla bla bla lagik. Second ngan third day plak baru start nak jelajah pelusok Kelantan nak beraya kat rumah sedara semua. 

So, pada kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI. Segala khilaf dan kesalahan aku yang pernah terbuat sepanjang ape yang aku tulis kat blog ni harap dimaafkan. Jadikan raya tahun ni raya yang bermakna buat korang semua okay.. Dahtu jangan galak main mercun kebom kebabom sana sini nanti nak jawab exam korang nak jawab pakai kaki kaa?

eh nenek aku kat blakang nak interframe gak?



No comments: