Sunday, December 09, 2012

Purple and masquerade perfecting the night!

Salam and wishing an awesome day readers!
(delayed entry...)

Grand dinner. Satu event yang wajib batch form 5 akan buat time hujung tahun tu. Majlis ni memanglah patut geng fivers seantero negara kena organize. Mana taknya, kan ni majlis terakhir kami sesama kat sekolah? Huwarghhh nak masoook form 1 balekkk!

(Credit to: Farhana Azmi/Syaqib Sukiman)

Grand dinner punya pasal, preparation bukan kemain lama lagik. Tak silap aku laa cikgu booking ballroom pun time tengah tahun dulu. Punyalah nak secure tempat tu hah kalau tak nak booking last-last minute aljawabnya grand dinner lahh sengsorang kat dewan serbaguna taman mahsuri jitra. *Eh wujud kaa?

So for the si punya director, tugas ni dapat kat pacik Syaqib Sukiman. Cewahh gerentilah majlis kami tu jadik boom cik cik boom lahni. Pastu si assistant director ni lakk si gojes Athifa Affin. Depa ni gandingan serasi betol laa, bak pinang terbelah-belah laa pulak aku tengok. Haa pastu setiap kelas ade kerja masing-masing kena buat. Cam kelas aku, kami kena handle fotografi, multimedia dan dokumentasi lah. Dan aku? Pulun kena buat video grand dinner awards dan handle bebudak photographer.

tudia barang barang nak angkut..
yeah jom prektis atas rumput 
cikgu aishah bizi check baju

Tahun ni punya grand dinner kami buat dekat Holiday Villa Alor Setar. Hotel pun wow okey jugak, dalam 4 bintang tak silap aku. Tengah hitung-hitung duit berapa weh total cost nak guna buat benda ni... Aku rasa cukup kot nak beli Viva sebijik. Patutlaa saban bulan si bendahari buat muka doplohpatribu rupiah datang kutip duit ngan bebudak batch. Okay dahla intro berjela-jela bak kain nabila huda, so mari kita start cerita pasal CHIVALRY GENERATION GRAND DINNER 2012! 


aloq setaq!

Geng kru-kru produksi yang ada gheja memasing akan pergi awal siket, dalam pukul 4 camtu. Sampai je kat sana, terus berkejaran masuk lam lift terus naik tingkat 6. Masuk je grand ballroom tu semua tenganga. Mana taknya, deco ballroom to ohsemm cantik giler. Ngan balloons purple putih penuh dewan, banner besar gedabak, ngan lighting yang striking. Wahh semua jadi tak sabo nak tunggu grand event malam tu jadinya..

Pastu memasing terus buat kerja ngan aku skali set-up ape yang patut. Habis buat kerja tengok-tengok dah terlencong ke CP jenjalan sambil duk lahap McD. Kat hotel tu gak cikgu pun tempah satu bilik untuk kami dressing. Punyalah crowded bilik tu sampai nak tengok cermin pun kena ambik turn.


jom ambush tingkat 6 reramai

haa listname sape tak bayo hutang

nak pasang sebijik chandelier ni kat dorm

huwaa carik2 mana satu aku lamtu

che kiah riuh nak kenduri kendara dah

performers tengah setting up

Event expected start pukul 8.30. Ohh lupa nak cerita pasal tema. Tahun ni kami sepakat nak pilih tema colour purple skali ngan masquerade. So most of the chivalrian malam tu pakai tudiaa kemain lagih. Ade tu masquerade cover habis tutup muka sampai keluar lift terpusing 720 darjah sebab tak nampak jalan. Dress pompuan lagilah, yang tempah dress sampai nak dekat setengah ribu pun ada, dress labuh terseret-seret sampai lantai jadi licin pun ada, haa dahtu make-up kemain tebal sampai aku pun dah tak kenal sapa ntoh macik-macik ni semua. For the guyz, yeah simple but hey still attractive.

purlpish puplish semua

ada belon bagai ni terangkat meja ke siling kang baru tau

Lepas pengetua dan segala VIP dah sampai, majlis pun mula lah. Time ucapan pengetua, ketua batch bagai tu aku dah ketuk ketuk meja hooi makanan kami manaaa..! Tudia ahh kwanghajaq budak sorang ni. Ehh tapi time speech tuan pengetua, pengetua ade mentioned nama aku! Hah yang dari tadi duk ketuk ketuk meja terus cover tersipu malu nak tutup muka ngan alas meja. Pengetua cakap bangga kat aku pasal symposium haritu. Ok dahlaa duk angkat bakul sendirik, jom kita proceed

cehh ketua batch bagi speech pun guna ultrabook

performers!

Pastu ade performances nyanyi skali ngan band. Performers kalau aku ingat Aida Amalina, Ummi Izzati, Saiful Naim, Athira Ahmad, Azil Muzammil (?) dan banyak lagi ahh. Aku time dah galak makan dah. Makanan tu plak pun mabeles, sodap hingga menjilat jari kaki *hiperbola. Lauk punyalah 5,6 jenis so padan ahh ngan cost kami bayo for the grand dinner nih.

tengah2 malam pun nak pakai spek itam kaa

apelagi sesi ternak lemak ngan jayanyalah hoho




Time cabutan bertuah paling takleh blah. Tengah khusyuk lahap kepak ayam tu tetiba number 175 kena panggil. Aku pun rasa cam dekat jaa number tu. Skali tengok nombor kawan sebelah aku dan tak pasal aku terjerit. Ehh number tu bukan number ngko pon tapi pesal kau pulak yang terjerit? Pastu leh duk main tolak-tolak diorang suruh aku pergi ambik so aku apa lagi pergi jelaa. Dapat jugak tupperware tiga tengkat yey bersorak leh guna tupperware ni isi kepak ayam tadi.

let the show begins

yang ni geng hotstuff pompuan laa
(credit to: farhana azmi)

cehh khusyuk duk control video
(credit to: farhana azmi)

So now its for the CHIVALRY GRAND DINNER AWARDS! So dalam tu ade doploh categories yang mana kami semua dah vote calon-calon tu. Time tu nebes gak ahh sebab semua orang akan tengok video award yang aku buat tu. Nak tengok tak? Haa ni video dia. Buat pun pakai apps iMovie, simple to use yet hasil dia awesome! *hooi puji work sendirik nampak




Haa pastu lak ade tayangan video. Video geng aktor fivers sains kubang pasu lah ni. Tobat video depa buat ni best, lawak pun lawak. Haa dahtu habes satu dewan tergelak-gelak. Video diorang ni layak kot aku rasa diangkat masuk lam Cannes Film Festival tahun 2089 nanti.

(aku rasa cam part 1 tak upload lagi kot.. ade part 2 jaa)




Habis video tu so habis laa grand dinner kami semua tuh. Dah semua cikgu balik, apalagi kami duk buat gila lah dalam ballroom tu. Snap pictures reramai, siap pergi swimming pool lagi nak bergambo. Aku rasa manager holiday villa tu duk geleng kepala nak layan kami semua nih. Kira cam poolside party ehh tapi takdela pakai bikini ke hape. View alor star dari swimming pool time midnight tu memang superb!



Semua muka cam taknak balik jer ni? Habis cikgu kena ligan bebudak suruh turun naik bas cepat-cepat. Dahla nak dekat pukul 1 pagi tapi still kat alor star lagi. Sampai kat skolah pun nak dekat pukul 2 pagi, tapi still bermaya nak snapping pics tengah2 hostel piazza.


the rockest bff!

athifa and idzni - best dressed
(credit to: syaqib sukiman)

(credit to: syaqib sukiman)
bunch of the guys

So overall, chivalrian semua... You guys totally made the night! Eventhough ade sikit cacat cela lam majlis tu tapi still we frickin rocked it! That was simply the best night ever! Wahh talk about kenangan. Thanks you gak kat semua orang yang terlibat tak kira laa live ke, balik tabir ke for making our grand dinner night ni came alive!


Thank you CHIVALRY GENERATION!
you all totally made my day !





1 comment:

amy azuha said...

grand betoi dnnerr uolsss..baju kalah artis dah hehe