Friday, January 25, 2013

Frickin awesome BBQ beach night party!


As-salam and wishing you guys a pleasent day..



Yeah finally our BBQ party turned out to be running smoothly as planned! So hari Rabu lagi geng kitorang check-in kat PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan for this much anticipated event. So aku yang kena handle accomodation tetiba terlewat sikit. Plan pukul 2 tapi dah terlajak setengah jam. Tulah sapa suruh aku bawak water dispenser last-last minute, tak pepasal plak merangkak aku lam kabinet nak cari benda tuh..

Sebab kitorang dah booking online siap-siap, so just bagi printed itenerary lah time nak check-in tu. Pastu akak check-in desk tu bagi bilik paling hujong skali. Tak naya kami nak heret barang ngan luggage lagi ngan bilik paling hujong tanah. Cehh duduk semalam je tapi bawak luggage bagai? Erk terasa

welcome to our chalet yang 'mewah' bangat dong

katil sebijik? laki lapan? nak humban manaa?

Dah booking bilik paling murah, RM 90 per room (semi-D chalet) so terimalah bilik tu seadanya lah guys. Jangan pulak nak expect dapat servis setaraf Club Med Cherating mahupun bilik persis Four Seasons Langkawi lah gitu. Ngan bajet constrict gilaa, bilik camni jelaa yang kami mampu dapat. Tapi okey lah, even bilik dia kecik ngan nampak benor lanjut usia, still can comfort all of us well.. Erk hope soo

ceh tengah tunggu ketibaan delegasi terhormat

Dah semua orang sampai dahtu, apalgi jom pantai jom! Alhamdulillah hari tu start panas sikit, dah tak hujan dah. So petang tu kitorang jenjalan kat area pantai PCB tulah. Memang pantai ni dah terhakis teruk, tak cantik cam dulu lagi dah. Nak mandi manda kat sini pun memang takleh, ngan ombak tinggi menjulang, nanti kena hanyut masuk laut tanpa notis haa sapa nak tolong?

muka tension wehh selipar aku manaaa!

eish diorang ni terhingin nak mandi jugak.. mana lah mak bapak?

Dah puas pusing area pantai tu, perut cam berorkestra tanpa konduktor bertauliah laa pulak. So kitorang terus jalan kat gerai-gerai area pantai tu nak cari seafood sikit. Tengok jam dah nak dekat maghrib, so kitorang decide nak bawak balik bungkus makan kat chalet dahlaa. Tapi hati-hati sikit kat sini, nanti korang excited nak makan semua, pastu ambik jaa seafood tu dari setiap dulang, haa nanti nak bayo japgi tu terguling atas tanah sebab mahal sangat! So ambik berprada-prada lah ok. Cehh  gaya cam tourist guide bagi holiday tips kat GayaTravel lah plak

"mari dik pilih pilih secucok duo ya jahh" dialog macik tu

ehh graf increase linearly nih

ceh baju London mari

tengah jalan pun duk galak bincang problem planet mana pulak?

tetiba jumpa pokok aneh nih.. pokok apa nih?

makan jomm

crab+squid+keropok+fishballs+etc

sambil makan sambil layan setia hujung nyawa

Lepas solat Maghrib tu, semua dah ready nak buat preparation for BBQ. Nasib baik aku jadi AJK accomodation je, takdelah nak kena bawak atau urus benda-benda lain. Orang cam aku ni tunggu ayam siap bakar pastu nak melahap ngan jayanya lah ajela jawabnya. Plan nak buat BBQ ni kat satu pondok ni tapi lampu takde lah pulak. Takkan nak ber-BBQ dalam gelap? Nanti kang time nak makan ayam bakar tetiba tertelan arang terbakar pulok. 

So kitorang decide nak buat dekat ngan chalet tu ajelah. Pastu time nak hidupkan api tu, tetiba lak api mogok tanak hidup! Ngan angin pantai kencang melambung, memang payah nak nyalaa! Wehh nak boleh makan ayam bilaaaa...!

punyalah sampai buat conference camna nak bagi api nyala

pindah sana, pindah sini,  merata griller tu pegi

punyalah payah nak hidop

Kitorang punyalah pening paseypaa api tak nyala? Nak google 'how to lit up fire in beach area', line 3G takdelah plak. Rupa-rupanya arang tu ade problem. Tulah aku suruh diorang beli arang cap meriam, tapi diorang beli cap bunya api lah pulak. Cewah urban nya ngko sampai arang pun ade bagi jenama doe. So terpaksalah kena beli arang baru. 

Nasib baik member aku ade bawak motor, so keluarlah kejap pergi beli arang cap meriam yang dicita tuh. Pas dapat tu, terus hidup api dan tadaaaa! Api terus hidup.. Fuhh ingat sensorang kena tapau balik dah ayam perap tu balik rumah sikit sorang kalau BBQ kena cancel..

cewah wind barrier

fuhhh finally hidup gak api nih

before/after

AJK pembakaran?

Lepas banyak kali tukar tempat BBQ tuh, last-last kitorang decide nak buat tepi pantai. Ngan angin deras giler, lagilah syok sambil pekena ayam bakaq. Sambil bakar tu, kitorang kumpul reramai atas batang kayu tepi pantai sambil bergalak sembang merapu. Aku pulak telan berapa ketul ayam sampai tak hengat dunia. Malam tu ngan ade bulan penuh, so area pantai tu cerah ngan cahaya bulan. Ehh nama lagi Pantai Cahaya Bulan derr..

muka lapaq tunggu ayam

semua dok pakat update info sensasi memasing

wah cerianya ngko dapat ayam

Turn sape yang kena bakar ayam tu kira ade shift lah. So aku nak ambik shift last. Sebab aku plan kalau ambik shift last, leh makan puas-puas dulu baru kena kerah kerja. Pastu time shift aku tu.. Eh ehh mana ayamnyaa? Rupanya semua dah habes kena bakar. Wah hepi laa pulak coz tak perlu nak bergelumang ngan arang hitam berbara-bara. Oh pliz

buat paa tuh? ok sila abaikan

Kitorang stay kat situ sampai 12 lebih tak silap. Lepas habis melahap semua tu, opkoz kena kemas balik segala barang tu pulak. BBQ pun BBQ gak, tapi tak bermakna sampah leh buang merata. Malam tu memang semua tido lewat, dah sensorang bukak aneka cerita, mana mudah nak lelap mata..

hah berhimpit habis atas satu katil

Pagi esoknya. Tudia lah eksaited nak tengok sunrise lepas subuh. Semangat gila pergi pantai ngan semua orang tak mandi lagi. Tunggu punya tunggu, tengok-tengok sunrise kena block ngan awan tebal kat horizon. Huwaaa takleh tengok sunrise laa plak. Tapi takpe, ngan camera ade kat tangan, mana kitorang tak galak nak bergambo bagai

subhanallah... beachfront dawn

wekk bebudak tak mandiiiiii

who cares tak mandi pon asal leh posing

part of the girls

and some of the boys

and this..  hooi watpe tuh

ahakz ahakz

 on ur left is Sharman from STAR & on ur right is Amirul from SMACH

pohon balak mana hanyut nih

ceh baju putih conquer

Lepas ambik angin pantai pepagi hari tu, perut lapar laa pulak. So geng laki pergi breakfast kat restoren resort tu. Geng laki jaa okey, geng pompuan refuse tanak ikut. Entahlah diorang tanak pergi plak. Nak jaga body kot?

yeah nasi lomak for breakfast

ehh habis licin dah?

Time packing nak balik tu, tengok-tengok makanan still belambak lagi. So sambil nak teman geng pompuan yang baru nak breakfast tu, kitorang pun join sekaki lah. Coz bilik ni bersambung, so just bukak pintu kat tengah tu kalau nak masuk. Hampar habis blanket jadi tikar, pastu duduk reramai keliling makanan. Masak maggi ouh pepagi hari nih.

menu budak bujang

So pastu kitorang kemas balik barang memasing, nak check out dah. Sapa punya tupperware, senduk, dulang yang bawa marik tu sila ambik balik lah. Nanti kang tak pepasal penginap chalet 519/520 pasni terkejot bukak-bukak almari tengok ada senduk dulang bagai. Advance betul laa chalet nih, senduk pun ada paa.. So time tengah hari tu semua check-out dan balik rumah memasing..

So thanks guys for coming and rockin this BBQ party! Memang syok hangout ngan korang semua nih! Nanti kalau ada event apa-apa lagi kaa, jangan lupa plak lantik aku jadi AJK penginapan lagik. Eh silap, jangan lupa ajak aku lagi for sure okey

ehem ehem watpe tuh?

1 comment:

amy azuha said...

uit bestnya ada aweks