Wednesday, February 06, 2013

Huh lesen punya pasal


As-salam and wish you guys an awesome day!

Sudah jadi lumrah SPM leavers, bila aje tanya diorang nih, 'eh ape plan kau pas SPM nih?', mesti jawab AKU NAK AMBIK LESENNNN! Ouh almost 60% jawab camtu and the rest 40% jawab kami nak tidoqqq! Ceh sempat ngko nak buat analisa tak berasas pulak

Habis jaa aku jawab paper last - LK time SPM hari tuh terus mak ayah aku suruh aku start buat lesen. At first aku ingat nak buat license kereta je tapi bila pikir balik ehh alangkah abnormalnya kalau sorang laki tu takde lesen motor. Lagipun mak ayah aku nak sponsor 100% kos semua nih, so aku on jer.


berhematkah anda? erk maybe


So plan awal baru je nak start hibernate pas SPM madness, ayah aku dah siap register driving lessons kat Yakin Pandu dah. Start dari kakak sulong sampailah ke aku, kat sini jela kira tempat tradisi anak beranak nak buat lesen. Aku ingat sampai tujoh generasi aku plan nak buat lesen kat sinih.

So kelas first, kelas KPP kena hadap ceramah undang-undang jalan raya sampai 5 jam! Lepas kelas nih ehh tak sangka pulak jalan raya nih sebenarnya penuh sangat ngan undang-undang yang well obviously orang tak ikot ponn

Lepas KPP 5 jam duk mengadap ceramah tuh, pastu kena ambik test komputer laa. Plan nak ambik test tu 24 jam lepas KPP tapi esok tu kena pegi UTP Educamp lah pulak. So test tu kena postpone minggu depan. Punyalah kemain jawab habes 500 soklan dalam buku undang-undang, yeah time tu tekad betol nak score 50/50. Ingat ke sape yang dapat perfect 50 leh terus dapat P ke ape, tapi obviously aku ni nonsense laa pulak.


hah jawab ikot logik ajelah


Tapi mostly soklan test tu lawak gilaaa doe. Sambil jawab sambil duk gelak kecik, nak gelak beso nanti abang JPJ jaga kaunter marah laa pulak. Soklan taktau terus main hentam gedebum tengok tengok ehh dapat 47/50! Alhamdulillah lulus kalau tak nak kena repeat melayang pulak tigaploh hingget tak pepasal plak.

Lepas lulus test komp tu masuk laa pulak bengkel 3 jam untuk kereta dulu. Dapat driving tutor perempuan, syok betol dengar cikgu ni bagi ceramah. Tapi highlight dalam bengkel tu ade lah sorang pacik nih lam 60an camtu masuk bengkel jugak. Tapi pacik nih semangat gila ooh masuk bengkel, habis soklan akak driving tutor tu tanya pacik nih punyalah beria nak jawab. Even jawapan dia amatlah tak menepati kehendak soklan gitu tapi yeah kitorang adore his spirit nak driving. Yeah who's on the team pocik??!



hah resit bertimbun


So lepas bengkel praktikal 3 jam, kena lah buat bengkel amali lagi 3 jam. Time bengkel nih sorang akan dapat cikgu sorang satu lah dan aku dapat cikgu T. Cehh glemer nama aku kasik. So dekat 2 jam jugaklaa duk main pusing ligat dalam litar sampai naik pening akuh. First time driving ooh, mana tak syok pulak, sampai cikgu suruh pusing kanan aku terpusing kiri, terus masuk lane orang hah teroih brek mengejut laa depa tuh. Ehh aku pulak blah ngan buat muka "eh apa neraka yang berlaku???". Muahahahahahh buat cam litar Yakin Pandu ni opah aku punyaa??!

Time bengkel praktikal ngan amali motor plak paling aku rasa cam paling buang masa. Dah time praktikal 3 jam motor tu, hujan turun lebat gilak. SO KITORANG TUNGGU AJELA BAGI CUKUP 3 JAM SAMBIL DUK TENGOK HUJAN TANPA BUAT PAPE. 3 JAM OOH, NAK TIDOQ SAMPAI MIMPI YEAH AKU DAH DAPAT LESEN P PUN SEMPAT WHAT?

So lepas amali 3 jam tu, at last dapat laa jugak lesen L aku. Bangga kot time melangkah keluar dari JPJ sambil teringin nak jerit "hooi aku ada lesen L dah! Kau adoo?". Eh helloo lesen L aje baru, buat cam ngko dah ada lesen nak bawak Sukhoi laa ehh


yeah model colgate dapat lesen L


Dah ada lesen L tu so dah boleh start ngan latihan 9 jam. Aku spesifik kat latihan kereta dulu lah ni. So aku dapat cikgu Y, tapi aku harap nak stick ngan cikgu T je coz cikgu T memang syok habes. So aku harap cikgu Y ni baik ngan best cam cikgu T lah.

Tapi... OMG CIKGU Y NI GARANG GILAAAAK! Aku rasa cuak + panik + tension tiap masa bila time driving lessons tuh. Aku bagi signal awal, dia marah, pastu bila aku angkat signal balik dia marah pulak apasal tak signal nak masuk simpanggg?! Huwargh nak menjerit aku lam kereta tuh JUST SHUT UP AND LET ME DRIVE OKAY! Tapi aku senyap ajela time kena marah-marah tu. Tak lawan cikgu, nanti jadi anak murid derhaka.

Time cikgu ni duk je sebelah aku time drive, semua benda jadi cam tak kena. Naik bukit konpem terundur balik, masuk parking terlebih petak, masuk tiga penjuru telajak pusing stereng sampai nak rempuh divider dan sebagainya. Ehh tapi time cikgu tu tak duduk sebelah aku plak, semua benda aku buat menjadi. Fuhh ni baru cikgu driving garang, haa nanti test JPJ lagi lah aku takleh imagine camnalah abang/pacik/akak JPJ tu nanti?




Tapi nasib baik cikgu Y ni garang time awal-awal je. Mana tak cikgu driving tak naik hangin bila anak murid dia nak masuk simpang pun tak bagi signal, tak slow langsung pulak tuh, pastu pergi redah bonggok selamba beruk ngan tak brek sampai rapat terhantok kepala cikgu ngan siling kereta, pastu siap baham gear 4 time kereta duk 10 km/j?? *padahal time tu aku nak masuk gear 2, tapi telajak masuk gear 4 lah pulak

Tapi lepas aku dah tak repeat mistake simple camtu, cikgu Y tu dah mula baik dah. Lepas 9 jam driving lessons tu, jadi cam suka lah pulak belajar drive ngan cikgu nih. Cikgu tu pun dah tak marah aku lagi dah. Kesian pulak cikgu Y ni dapat student driving yang bengap sikit cam aku nih. Kalau aku lah jadi cikgu driving yang ada student spesis meroyan camni memang dah letak jawatan lama dah. Sori sori cikguuu. Tapi serius beruntung kalau korang dapat cikgu cam cikgu Y nih. Serious aku cakap!


litar yang aku dah jemu nak tengok...


So mari cerita pasal latihan 9 jam motor pulak. So dalam 9 jam tu kitorang kena pusing litar jalan raya, meniti, halangan kon, brek kecemasan, pusingan 8 ngan selekoh tajam. Boring tu takyah nak cakap lah, 9 jam aje duk pusing tempat yang sama.

Tapi yang paling aku takut meniti lah. Kalau tak jatuh gedebuk dari titi tu, aku terlebih laju lah pulak. Rekod terbaik 4 saat kot aku congak. Tapi paling tension time brek kecemasan loh. Punyalah first time trial tu tak menjadi, sampai cikgu motor tu naik panas ngan aku. Berapa kali dia tunjuk demo kat aku cara nak buat, haa siap cakap kat aku lagik, "awak ni tak reti bawak motor ke?!" Punyalah ramai orang takut ngan cikgu garang nih, haa dahtu aku dah kena berbijik-bijik kat cikgu ni alone. Takpe sabar, demi lesen.. demi lesen.. demi lesen, bermonolog sensorang sempat jugak


yeah exactly true


So lepas habis dah latihan 9 jam untuk kereta ngan motor, so skang ni kena tunggu test JPJ lah pulak. Test JPJ for motor aku dah siap, haa nanti aku cerita kat post lain. Test kereta pulak 13 Feb nih. Target aku nak buat test sekali aje, taknak repeat-repeat dah, buang masa ngan duit je. So apa yang aku dapat cakap, benda apa yang korang habiskan sepanjang proses nak ambik lesen sepanjang kat institut memandu nih:


What you actually  do in sekolah memandu:



So bagi yang baru nak ambik lesen tuh, aku wish good luck lah okey. Jangan lupa bawak benda yang tak memboringkan along sebab memang duk kat sekolah memandu nih menungguuuuuuu aje kerja. Bagi korang yang sedang ambik lesen tuh, drive/ride lah ngan berhemat, jangan bagi cikgu driving korang naik hangin cam aku duk selalu buat. And for those yang nak test JPJ nih, doa-doa lah lima kali sehari semalam mintak dapat penilai JPJ yang buat-buat tak nampak time korang buat salah.


So happy driving!





No comments: