Thursday, February 14, 2013

When the PARKING part FAILED me up


As-salam and wish you guys a nice day

Before nak explain pasal title entry yang sangat menyakitkan hati tuh, jomm kita start cerita dari awal lagi okey..




Time nak ambik test JPJ lah fasa yang paling menakotkan bagi driving newbie nih. Aku dapat date 13 Feb for the test, eventhough aku dah siap session driving learning tu bulan Jan lagik. Tudiaa ah nak dekat 3 minggu kot tunggu baru nak test! Mau tak lupa step pulak kang

Tapi nasib tak baik pulak before hari test tu aku demam panas lah pulak. Cam tak larat lah pulak nak ambik test, tapi bila pikir balik, kalau aku postpone test, entah bila lah pulak nak dapat turn. So aku gagahkan laa jugak nak pergi, even masih demam. The night before, punyalah fikir tu, fikir nih, memacam lah dalam kepala ni duk recal step tu lah, step ni lah.. Nervous tu takleh kata lah

Hari test. Aku dapat sesi 10.30 pagi, turn number 2! Haa awal jugak tuh. Tunggu punya tunggu turn, sambil pakai number tag. Test session 8.30 pun tak habis lagi, so kena tunggu lagilaa. Then after an hour and half of damn boring waiting, turn aku pun sampai. Fuhhh aku doa lah nak dapat kereta yang ok, takde pape prob. So aku kena buat bahagian 2 dulu, which is the bukit, side parking ngan tiga penjuru part..


welcome welcome


Dengan lafaz bismillah, aku start kat bukit. Dahla bukit tu depan-depan orang yang tunggu turn tu. So kalau kita fail kat situ, haa habis diorang tengok. Malu ooo, aku pun harap kalau aku ditakdirkan fail kat bahagian 2 pun, janganlaa kat bukit plizzz. So aku start masuk gear, nak gerak siket, tetiba enjin mampos pulak. Abang JPJ kat atas tu dah lambai-lambai suruh naik. Aku pun start balik enjin pastu vrooom terus pecut naik  bukit

First trial, aku cam tak confident je tayar ni dah cecah line kuning ke belom? So aku undur balik lah nak buat second trial. Pastu kali kedua buat tu paap perfect kena atas line kuning, haa galaklah lah aku angkat tangan tinggi-tinggi. So nak part nak turun lah pulak, lagilah gerun. Kalaula kereta kau tu mengundur sikit pun, haa teroih FAIL atas mukaa! So aku tekan minyak sampai 4, angkat clutch sikit-sikit, feel kereta cam nak gerak dan... boom enjin mampoooos lagik!

Oh my BATA! Aku failed dahka? Tengok kat JPJ tu dia pandang kat lain. So aku cepat-cepat start balik enjin, ulang balik steps nak turun bukit, pastu Alhamdulillah kereta aku turun gak ngan selamat. Time keluar nak ambik borang, dalam hati.. adooyai kat bukit pun dah sangkut baai!


lulus ke tidok nih?


Time ambik borang nak sign tu tengok tengok EHH LULUS! Fuhh nasib baik syukur. Even kereta mati pun, tak failed, unless kalau kau mengundur, tu baru failed. So ngan joyfulnya aku proceed kat side parking. Time nak hand in form aku kat penilai JPJ bermisai tebal kat pondok tu, aku tanyalah something:


Aku : Assalamualakum encik, ni borang saya

Encik JPJ : ....................... *no respond - wey wajib jawab salam

Aku : Encik, lot parking saya mana satu?

Encik JPJ : Cepatlaaaaaa pergi buat parkinggg tuhhhhh!!!!!!! *tudia menengking


Erk hello? Aku tanya ngan elok, aku kat lot parking mana, bukan sedap pacik JPJ sorang ni balas. Amboi pacik, indahnya bebeno budi bahasa pacik eh? Haa aku apa kisah, aku blah terus pergi kat parking kosong. Nanti salah masuk lot plak, tak pepasal aku failed. So start lah buat parking tuh. Aku ikut step betul-betul, memang aku hafal habis dah steps tuh. Dah siap tu aku tengok semua tayar ngan body kereta masuk, pastu aku angkat tangan.


eh tapi aku test pakai Kancil


Weyyy punyalah lama gilak aku angkat tangan, tapi encik JPJ tu tak tengok kat aku pon! Dekat seminit dua gakla aku duk angkat tangan, sampai berlecak ketiak tahu. Pastu encik JPJ tadi pun duk jerit dari pondok dia:

Encik JPJ : Awak number berapaaaaaa??!

Aku : Duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! *kena jerit sikit sebab jauh gakla lot parking ngan pondok JPJ tuh

Encik JPJ : Awak keluar sekarang, mari sinih!

Aku : OMG ARE YOU FRICKINLY FAILING ME RIGHT NOW HUH?!! *monolog ajela




Sampai je kat pondok tuh, kena terus atas muka, "Tuh awak nampak tuh, kereta awak dah langgar line putih tu, so awak FAILED!".. Huwarghhhhhhh sambil sign form aku tuh sambil nak menjerit pun adaa! Lepas tu kena bawak balik form tu kat tempat menunggu. OTW tu aku lalu lah kejap kat lot parking aku tuh. Aku tengok WADDAHEL THE CAR DIDN'T EVEN TOUCH THE WHITE LINE MANNN! Memang lah tyre tu nak dekat dah ngan line putih tu, tapi still ada jarak sejengkal lebih lagi weh! 


hah ambek kau KANDAS troih!


Punyalah frust tak terkata. Even dah terang lagi bersuluh lagi kereta aku tu tak jejak lagi line tuh, aku terus kena FAILED pulak. Tulah time aku duk buat tu bukan pacik JPJ ni nak tengok pon. Dahla dia duduk jauh, entah nampak ke tak tahu line putih tu. Terus kereta tu cam dekat sikit, terus consider dah kena dah. Tapi nak buat camna, even kita tak patut fail pun dah kena fail kat encik jpj super duper bertauliah gitu lah pulak..

So aku pun terus balik kat tempat menunggu ngan muka bengang gilak. Tunggu jela turn jalan raya ngan emosi terganggu doe. Tulah terpaksa nak kena repeat test untuk bahagian 2 nih. Tak pepasal melayang pulak duit semata nak repeat test nih. Tension tension tensionnn sebab kita fail bukan sebab kita, tapi sebab penilai yang buat kerja tak berapa nak telus. Kalau aku fail sebab memang aku terlajak rempuh line tu, yeah aku terima redha ja.. Tapi nak buat camna, ada hikmah lah di sebalik kejadian ni.


hah terus jadi cenggini


P/S: To all penilai JPJ, please lah buat kerja anda ngan sebaiknya. Janganlah sebab anda buat acuh tak acuh time calon buat test tu, huh terus nak  kasi FAIL!

P/S/S : Haa nanti update test jalan raya (bahagian 3) dalam entry lain. Fuyooh lagi extreme penilai JPJ aku dapat kali nih! Tunggu tunggu!





2 comments:

TIMAyub said...

pergh???!! kem salam la kat brader yg ajar kau tu.. haha...

apa2 pun hang try lg k... insha Allah lulus la nnti tu...

Abdul Hakim said...

ak pun same gak kene cam ko...die kate dh langgar line putih...padahal jarak ad lg...pastu blh plak kate klu letak tiang komfem jatuh..masalah nye mmg xde tiang pun...punye cantik ak buat bukit...sampai kat parking jahanam...dh la die ddk ckit punye jauh dr tempat ak buat parking..