Sunday, February 17, 2013

Why JPJ's driving test wasn't so cool


As-salam and wish you all a pleasant day readers...

So entry ni plak sambungan dari entry ni okey..

Jadi lepas mengalami tekanan jiwa tak terkata sebab di-failed kan kat parking by the awesome pacik JPJ tadi, aku pegi lah duduk balik kat tempat menunggu tu sebab kena tunggu turn for test jalan raya (bahagian 3) pulak. 


sambil tu galak duk hafal jalan


So time tunggu tu, aku tengok lah turn aku dah nak dekat. Dalam kepala tu duk terbayang-bayang janganlah jadi camnih:

A) Dapat penilai JPJ perempuan
B) Kena drive Viva
C) Kena dua-dua sekali

Well majority memang tanak JPJ pompuan. Iyelah, kalau JPJ pompuan cerewet sikit, tak cam JPJ laki. Buat salah sikit, haa terus kasi fail. Kalau laki ni, buat-buat tak nampak ajelah kita salah. Sebab tulah time test banyak jaa penilai JPJ pompuan drive bawak balik calon sebab  fail tengah jalan tuh. For option B tu plak, weyy mana aku pernah bawak Viva! Start dari amali 3 jam sampailah penilaian pre-test, aku drive Kancil je memanjang. Or even worse, aku dapat option C! Huwarghh takmooooooooo nauzubillah

So setiap kereta yang masuk litar balik tu, aku kira ngan jari, nak match ngan turn aku tuh. Kira-punya kira, tengok tengok time turn aku tu Kancil pun sampai. Whoa at first excited lah nak dapat Kancil, haa pastu intai dalam hambek kau JPJ pompuan! Adoooi tawakkal ajela.

nak google pic jpj pompuan takdelah plak..
ahh jpj laki botak pun jadi lah


Pas turn aku kena panggil, aku pergi lah kat kereta aku tuh, sambil bawak test card tu semua. Bukak pintu, time nak bagi salam, tetiba plak jadi confuse, aku nak panggil penilai JPJ ni ape? Pastu tetiba plak teringat kat Cik Epal, dia lulus driving test sebab dia panggil penilai JPJ taraf pacik tu as 'abang'. Haa mau tak dia terus lulus ngan jayanya gituh.

Nak panggil puan, kalau dia tak kawin lagi mati aku kena fail pulak. Nak panggil cik, cam tua sangat for that gelaran lah pulak. Ke nak panggil kak? Ehh nanti dia perasan muda lah pulak. Eh lantaklah aku nak panggil dia apa pon, yang penting aku nak drive nihh

Time pas bagi salam tu, aku serah borang, pastu aku mintak izin nak mula pre-drive checking. Pakai seatbelt, betulkan segala cermin, signal apa semua tuh, pastu aku perasan enjin kereta dah hidup dah, siap pasang aircond level 3 dah. So lam step tu adalah kena start enjin lam keadaan kereta free gear. Eh tapi enjin dah siap hidup dah ni, camna ah? Kalau tak buat nanti tak pepasal hilang markah. So aku matikan balik enjin tu dan tetibaa..

Penilai JPJ : Kenapaaaaa pulak awak matikan enjin tuhh??! Awak tahu tak saya panass nih, saya panasss nih tahuu!!!

Aku : Oops sorry sorry akak eh macik eh puan eh cik! *hahh tudia 4 kata ganti nama diri aku hentam sekaligus


"sebab awak tutup aircond saya,  saya bagi
 awak FAIL terusssss!!! " *ok just kidding doe


Ambooi macik jpj sorang nih bising betol lah pulak. Nanti aku tak buat kena potong markah laa pulak, pastu kalau buat komplen panas lah pulak. So aku redha jelah dapat penilai si maharani lilin nih. So lepas siap checking tuh, macik JPJ tu suruh pergi jalan A. Aku pun cam hahhhh dahla jalan A paling aku tak familiar! Sepanjang latihan tu aku lalu jalan B ngan C je banyak, jalan A pulak ade lah lam 2 kali. Habislah aku camna nih. Tapi nasib baik gak aku still  ingat jalan A tu camana.

So habis doa ngan selawat ngan bismillah, aku pun start drive. Kereta aku dapat tu Alhamdulillah takde prob, smooth je time drive tu. Time keluar jalan besar tu pun, nasib baik jalan agak lengang. Kat simpang pun takde banyak kereta sangat. Fuhh legalah kejap.


kereta manual amatlah cerewet.. tapi best
plak kalau nak drive than auto


Pastu sampai kat satu simpang nih, memang wajiblah kena berhenti, free gear ngan angkat hand break. Tapi dia cakap "Awak terus jalan cepat lahh..". Huh? Aku pun cam eh nak ikut dia ke nak berhenti gak? Ke ni taktik JPJ nak test kita? Nanti aku tak berhenti kena fail pulak kang.. Kalau aku stop kang nanti si maharani lilin nih naik taraf jadi maharani potpet lah pulak

Sebab simpang tu memang takde kereta, so aku terus jalan tak berhenti. Pastu baru perasan tadi ehh aku lupa bagi signal! Haa dah kena pangkah lagi satu kotak. Nanti cukup 5 pangkah memang habis dahh aku! Dahla time nak turun hand brake tetiba stuck. Panik gaklah awat hand brake ni tak turun turun? Tudia tolak gak sekuat hati, barulah leh turun.

So dah takyah fikir banyak, aku just concentrate kat jalan, sampailah aku nak dekat sampai kat satu simpang nih, tetiba penilai JPJ tuh cakap suruh ambik kanan. Eh kanan? Bukan kiri ke? Aku just angguk tapi aku sedar jalan A kena pergi kiri lah macik sayang hoi




Aku bagi signal kiri jugak haa pastu penilai JPJ tu cakap, "Kanan! Kanaaaaan!". Ahh sekali lagi. Aku dah rasa cam aku drive ngan GPS voice volume 10 takleh buat turun dah. So tanpa banyak songeh aku masuk ajela belah kanan. Ouh rupanya ni shorcut! Huhoo suka lah gak, tak perlu drive ikot jalan betul, just ambik shorcut. So aku drive tu just 1/4 dari actual route. So aku drive balik sampai Yakin Pandu tanpa sebarang kemurkaan maharani lilin/potpet tu lagik.

Sampai je nak parking tu, penilai JPJ tu tanda lah borang yang mana patut. Berdebo gaklah duk tepi tuh sambil duk intai-intai kat kotak (lulus/kandas) tuh. Haa pastu dia bagi lah borang aku tuh sebab nak sign. Haah the moment of truth, aku lulus ke tidok nih? Jeng jeng jeng..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Scroll bawah lagi Bedah, bawah lagi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

(ouh nama kau Bedah ghupanya? Ahahahahh!)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

censored weh nama penilai?

LULUS!


Yeah lulus gak test jalan raya nih, Alhamdulillah dapat 17/20. Aku kena pangkah kat tak bagi signal, tak guna brek tangan/kaki ngan betul pastu kesesuaian gear mengikut kelajuan. Okey lah, even bahagian 2 kena repeat, bahagian 3 lulus gak. Kalau yang ni aku failed gak, mahu tak aku mogok nak bako JPJ. Eh nak bako JPJ lah konon, padahal ngaku jelah yang ngko tu bukannya reti nak drive ponnn. Over


Pangkah jangan lebih 4 kotak sudahh


Sambil nak tunggu test card aku tu siap proses, adelah akak cina sorang ni yang dapat penilai JPJ sama ngan aku tuh. Time nak start drive tu, muka dia bukan main cuak aku tengok. Duduk lam 5 minit pastu, aku tengok sebijik kereta kancil ni bapak laju drive masuk litar balek! Tudia ahh tau lah expert driver pon, agak-agaklah bawak laju lam litar. Haa sekali tengok tu ehhhh nape macik JPJ tu yang bawak? Haa akak cina tadi confirm dah fail lah ni. Aku tengok muka dia, cam nak menangis dah. Sure lah ni dah kena tarbiah secara intensif ngan macik JPJ nih.


ngko dapat perfect 20 ke? ade ku kesah? Ahah

So pas dapat balik tets card aku tuh, kena lah pergi kaunter kejap nak booking test repeat bahagian 2 plak. Overall test hari nih okeylah gak, takdelah teruk mana pun. Balik je kat rumah, terus aku tahu yang penilai JPJ tadi adalah orang yang sama yang nilai kakak sulung ngan kakak second aku! Hahahhh memang anak beranak Che Azuha memang ada jodoh lahh ngan macik JPJ sorang nihhh! Tak sangka betoi.. Takpelah macik/puan/akak/cik/maharani lilin/maharani potpet, ade baki lagi dua adik saya nak test pulak nanti okey


So to all yang bakal ambik test/bakal repeat test JPJ tu, good luck lah ehh!



8 comments:

PahitManeh said...

haha , lawak gila part yg first tu . everyone cuak dgn makcik jpj -.- haha

Iqa said...

Amal pun tak lepas parking? Iqa first test pun tak lepas parking. Nanti second test cuba sehabis baik ok! ;)

Amal Azraai Azuha said...

@PAHITMANEH

Tulah macik macik suka potpet

Amal Azraai Azuha said...

@IQA

Shh jangan tanya kuat2.. maluuu.. Ok of coz I'll :D

Miszathirah said...

Like seriously garang gila makcik jpj tu. Goosebumps :p

Amal Azraai Azuha said...

@ MISZATIRAH

Nak buat camner.. Dah nasib dapat dia.. Tapi takpela, at least dia bg lulus jgak :D

Sayur Pahit said...

see, that's why I tak lulus JPJ test 2 kali,,sebb perangai yang mcm tak blajar moral n psk kat skolah

JUST ORDINARY GIRL said...

Fail test jpj bru ni frust gile
Sebb nebes sgt
Jpj lak muke grg
Hbis berterabor sume step
Haha
Congrats