Saturday, June 08, 2013

A day in the life of JAD student


As-salam & wish you all a nice day readers!

Setakat hari ni, kalau nak congak, dah nak dekat dua bulan dah aku officially jadi student Japanese Associate Degree (JAD) kat MJII. Takkan aku tanak cerita kot sikit pasal program aku ni kan? Haa time aku online FB je, mesti ade member2 aku sibuk tanya,


"Program JAD hang tu camna eh?"

"Eh camna kolej hang? Best tak?"

"Cakap Jepun sikit ngan aku.. Nak dengo "

"Study ape weh kat situ? Susah tak subjek dia..?"


Aku lak ngan berbesar hatinya jawab.. "HEYY LIFE'S HERE IS FRICKIN TOUGH DUDE!".. So yes, next question maybe?

But before that I'm glad to explain a lil bit about my programme. Japanese Associate Degree (JAD) is one of the preparation + diploma programme for the SPM leavers, who are going to pursue their degree study to Japan in the course of mechanical engineering (ME) and electric & electrical engineering (EEE). JAD is a programme under Malaysia-Japan Higher Education Programme (MJHEP), and the students will get sponsored by Yayasan Pelajaran MARA (YPM) scholarship for the straight 5 years of study. Ok so I already make you clear right?

So for this entry I'm kinda excited lah nak cerita pasal ape kejadah la student JAD ni buat dalam sehari-hari. Belajar Jepun doploh tiga jam sehari? Amboi over ah mentang2 nak fly Jepun takkan la sampai sehari suntuk nak mengadap Nihon go je? Ok so let's start with the point...

0600 - Rise & shine dear engineers to be!

Hey nice view from my room - Broga hill can be seen from the distance

Nak bangun pagi memang liat yang teramat. Azan subuh dah kuat berkumandang, orang lain sibuk capai towel nak mandi, aku sibuk capai selimut nak tido balik. Astarghfirullahalazim, kuatnya godaan syaitonnirojim time ni. Kalau the night before tu aku tido awal, memang semangat beria lah pagi tu nak bangun awal. Kalau 2, 3 pagi baru nak tido, jawabnya memang subuh aku dalam bilik. Ya Allah bila lah aku ni boleh konsisten subuh berjemaah kat surau? 

Pas mandi, solat subuh tu aku memang dah tak tido dah. Tak elok nak tido balik pas Subuh, rezeki pun susah nak masuk. So time tu, dalam 0630 sampai 0715 aku revise lah dulu subjek yang nak kena belajar hari tu. Takpun aku siapkan shukudai (homework) yang terbengkalai lagi tuh *haa pepagi hari baru kalut shukudai tak siap lagi. Time pepagi hari ni otak memang fresh, so manfaatkanlah time ni ngan sebaiknya eh. Bukan nak start operate balik kilang tahi mata korang tu pulak.


eh sempat lagi camwhore pepagi buta


Dalam pukul 0730 camtu aku dah start bersiap nak pergi kelas. Pakaian student JAD ni bagi laki baju formal, cam office worker pakai tiap hari tu. Siap ngan necktie, slack kasut kulit arr sekali. Kadang tu leceh gak nak pakai kemeja necktie bagai ni, tak macam student uni lain, pakai t-shirt pun dah ok pergi kuliah.  Ehh tapi kitorang ni dah kena latih pakai hensem awal2, so nanti nak melangkah ke alam kerjaya nanti takdelah akward sangat kan?

Breakfast pepagi hari biasanya aku takdela ambik yang berat2. Just makan kuih 2,3 biji camtu jela. Bukan niat nak jaga body, tapi aku ni memang jenis yang takleh makan benda berat pepagi hari. Eh tapi time dalam kelas kemain kalut pulak nak telan biskut sepam dua time sensei pandang belah lain


0820 - 1715 - Class time!


tiap pagi mesti lalu depan library otw to kelas

Kelas kitorang start dari jam 8.20 pagi sampaila 5.15 petang tiap Isnin sampai Khamis. Memang compact weh. Kalau hari Jumaat tu kelas sampai 12.15 je. Tapi kalau sensei (lectuter) nak buat kelas ganti ke, extra class ke, so petang tu lajak sampai pukul 4.30 lah. Hari Jumaat lak kitorang pakai baju melayu pergi kelas, feeling cam nak pergi prep malam time sekolah dulu laa plak.

Student JAD akan study kat MJII ni selama 3 tahun. Kitorang kat sini kira buat preparation + diploma la dalam period 3 tahun tu. Pastu baru kitorang akan fly ke Jepun for pursuing our degree for another 2 years. Student JAD kat sini pada satu2 masa tu kira ada 3 batch la. Batch paling junior (kouhai), kitorang - batch matric, pastu batch senpai (senior), U1 & U2. Kalau nak total 3 batch ni memang tak lebih 300 orang pun. So tiap hari basically kitorang akan jumpa ngan muka sama jela. Dah tiap hari jumpa ngan orang sama, lagilah rapat ukhwah kitorang cewah


the class corridor

Cakap pasal kelas lak, batch matric ni semua 113 orang as for now. Kelas Nihongo ade 8, so dalam 15 students la belong to a particular class. Tiap kelas Jepun tu lak ade nama sendiri, kalau kelas aku nama kelas tu Asagao Kurasu (morning glory). Cehh harmoni gitu nama kelas Jepun kitorang, siap letak nama bunga lagih. Sebab tula feeling cam masuk tadika balik eheh. Kelas Nihongo ni 4 jam tiap hari, dan tiap 1 jam tu ade break 5 minit sekali. Pastu sensei lak akan switch la sejam sorang, so dalam sehari tu 4 sensei Nihongo yang akan ajar kitorang. 

Kelas Sains lak ade 4 kelas je. Nama kelas kitorang takdelah harmoni warna warni cam kelas Nihongo tu, just given W,X,Y & Z. Aku lak stay lam kelas W, 30 orang per class. Ohh pasal subjek, untuk matric year selama setahun ni kitorang semua kena ambik subjek:
  • Nihon go
  • Basic Maths
  • Basic Physics
  • Basic Chemistry
  • Engineering
  • English

kitorang punya timetable


Even though kitorang ni tahun matric, tapi jangan assume syllabus kitorang ni sama cam matric KPM tu. Subjek yang ade 'basic' tu mesti korang ingat alah mesti senang cam kacang bendi je subjek nih... Tapi hakikatnya 'basic' tu hanya pada nama. Kalau Physics, Chemistry tu diorang direct ikut syllabus Japan punya high school. "EH SYLLABUS SEKOLAH MENENGAH JEPUN JE KEEEE?" Hooi jap jap jap ingat syllabus kat SMK Malaysia ngan High School Jepun ni sama ke hoi?

Diorang ni eventhough level HS, dah study lagi detail & advance dari syllabus Malaysia. Contoh cam atom, molecule, element tu kalau kat sini time form 1 baru jumpa kan? Tapi kat Jepun time sekolah rendah dah belajar okey. So bagi sesapa yang complaint kehulu kehilir yang subjek SMK tu susah, sila bersyukur sebab kat luar tu lagilah susah.


with my fellow classmates


Pastu subjek Maths pulak, lagilah tough! Kitorang guna syllabus A-level. So kalau nak compare ngan syllabus Matric, memang tak tertanding lah. Bukan nak kata level Maths kat matrik tu low ke ape, tapi memang A-level ni syllabus dia lagi dalam. Aku ade compare gak ngan reference book Matriks ngan A-level, memang jauhhhh sangat beza dia. Memang ade orang cakap yang matriks tu susah, tapi A-level? Berganda-ganda laa lagi susahnya. Ehh lagi satu, kitorang takleh guna kalkulator time Maths. YEAH SERIOUSLY THE USAGE OF CALCULATOR IS STRICTLY PROHIBITED!  Lagi mencabar what?


So where's me?

Dalam banyak2 subjek, subjek dua nilah yang paling tak tension - English ngan Engineering. Dalam kelas English memang enjoy, time buat presentation ke, singalong session ke, memang enjoy habis. Engineering lak setakat ni kitorang study pasal mechanics, gear, torque, robotics technology. Bakal engineers semua mesti lah kena minat subjek ni.

1715 - 1915

Lepas kelas habis, jam 5.15 petang tu, solat asar siap2 kat masjid MJII. Pastu around 6 petang tu aku start siapkan shukudai (homework) dulu. Shukudai hari2 memang bertambun. Shukudai Nihongo wajib ada hari2, sampai 3-5 helai gakla. Kalau hari tu belajar kanji, lagilah bertimbun jadinya. Korang mesti fikir, eleh stakat 3,4,5 helai tu ape nak bising?


haa ni contoh shukudai

But in fact nak siapkan sehelai demi sehelai tu agak lama. Nak baca dulu structure ayat dia, nak faham dulu soklan mintak ape, nak detect ayat ni tense ape, nak kena cari dulu words yang tak faham, pastu nak tulis pulak dalam character Jepun. Bagi aku yang baru sebulan lebih study Nihon go, memang ambik masa sikit kalau nak buat shukudai tu.

Kalau ade masa free lak, aku online lah kejap. Average aku online dalam sehari tu memang tak lebih 30 minit, paling lama pun time nafsu online bermaharajalela 45 minit. Nak lama camna, shukudai pun belambak takleh nak siap lagi.

1915 - 2100

Before maghrib tu memang dah siap mandi pakai baju nak solat mahrib kat masjid. Kat sini bukan cam kat sekolah dulu, sampai warder terjerit-jerit suruh keluar dorm before 7.15 petang. *Ouh what a memory. Tazkirah maghrib pun setiap Isnin ngan Khamis, so kitorang kat sini pengisian agama tu still terjaga. But still, atas orang jugak laa kan, whether diorang nak pergi atau tak.




2100 - 0200

Right after solat Isya' tu, start balik session study. Time ni memang busy siapkan homework mana yang still tak siap lagi ngan buat revision balik lesson hari tu. Kalau ngantuk pas Isya' tu memang aku tido kejap sejam dua dulu. Pas bangun tu mesti fresh balik. Nak study sampai 2 pagi pun still fresh. Average aku tido kat sini dalam pukul 2 pagi lah.


buku kemain tebal tapi tak belek pun


So roughly this is how a day in the life of JAD student. Tension sebab syllabus makin tough? Letih shukudai terlampau banyak? Pening quiz Nihingo ade hari2? Rush sebab jadual compact gila? Stress tak cukup tido? Semua nilah yang kitorang semua kena lalui sepanjang 3 tahun nak habiskan diploma  + preparation kitorang kat sini.

In fact, is it undeniable that study kat sini berganda-ganda dasyat daripada study time SPM. Dulu time SPM punyalah mengeluh itu ini letih stress laa, tapi kat sini memang lagi dasyat doe. Kalau nak tahu, memang ade student batch aku yang dah tarik diri dah, tak tahan katanya. Aku sendirik pun kadang tu cam nak give up pun ada. Dahla study tak paham, pastu esok dah nak kena submit. Tambah lagi ngan kerja tu assignment ni lagi. Tapi tulah namanya pengorbanan.  Kan nak senang tu susah dan nak susah tu senang?




In shaa Allah,
 engineers to be,
overseas students to be,
the future nation propellers to be,


All the best for all of us!!!


No comments: