Monday, June 10, 2013

The quest for a part time job *kisah benar*


As-salam and bid u all a cheerful day readers...

Kerja part-time ngan budak lepasan SPM yang tanam anggur seharian memang sinonim mix match gitu. Kalau kitorang tak kena kerahan tenaga PLKN, memang wajib laa geng ni terbongkang atas toto lahap keropok sira sambil layan running man tiap2 hari bagi kaum hawa. Tak pun sibok layan Dota bagi kaum adam.

So bagi menyahut seruan mak ayah yang sampai berorkestra tengok anak2 diorang terlalu sukses dalam kerjaya menanam anggur tak realistik saban hari di rumah, golongan nilah jugak yang bertungkus lumus nak start cari kerja part-time. And of course, aku pun terlibat sama dalam menyahut seruan tersebut. So then hello katne ade vacancy?

So start dari time nak tunggu test JPJ, aku mulalah keliling area Taman Bendahara, Pengkalan Chepa ni semata nak tanya kerja part-time. Kat sini kira convenient laa, semua benda ada, dekat pun dekat ngan rumah. Kalau nak pergi sampai KB tu agak jauh laa sikit, so aku fokus kat around area ni dulu nak cari kerja kosong tu.


antara kedai yang aku dah apply

So start dari kedai buku Muda Osman, McD PC, Muhibbah Donut's & Cake, Pizza Hut, KFC Airport KB, Snogurt, Marrybrown, Cosway, Kedai Muffin, kedai baju sekolah semua aku dah tunjuk muka seposen nak pergi apply kerja. Tapi yang lawaknya, sampai folder sijil kokurikulum darjah 6 sampai form 5 aku angkut bawak sekali nak tunjuk kat diorang. Semangat tu cam nak apply jawatan manager kedai je, bukan part-time worker cam yang dicita. Eh tapi kalau nak bagi pun aku jadi manager pun takpa, kalau kedai tu bankrupt akulah orang 1st angkat kaki ehehh..

Rupanya nak mintak kerja ni bukanlah sesenang seperti yang disangka. Ada je yang kedai reject aku sebab diorang nak worker tetap laa, nak yang dah ada lesen laa, nak itu nak ini lahh dan ada gak reject aku sebab katanya aku terlalu hensem *abaikan typo yang disengaja*. But the worst ade yang tak contact aku langsung pun lepas penat aku isi borang tu. Fuhh susah gak ehh nak cari kerja nih ghupanya..


Pastu one day ni aku terima lah call dari Cosway yang suruh aku datang interview kerja. Wahhhhh 1st ever job interviewww lah kira. So esok tu aku pergilah branch Cosway satu ni di lokasi yang dirahsiakan. Yang interview aku ni rasanya manager dia kot. Eh takkanlah tukang cuci jamban pulak yang nak interview aku yew tidok?

Fuhhhh session interview tu paling takleh blah. 1st question aku dapat, "awak berani ke nak jual bra?" Aku pun jawab, "selagi tak menyalahi hukum syarak, saya berani.." Pastu Ya Allah ade ke boleh dia bagi lima kotak kondom, pastu suruh explain kat dia ape beza lima2 nih. Aku pun cam........ Errr errr translate jela ape yang blakang kotak tu cerita. *hashtag #barukutahukondomsajaadaberjenis-jenis


Pastu siap tanya lagi function alat2 mekap bagai tuh. Contoh cam blusher ni letak kat seksyen muka yang belah mana, eye shadow kat kening ke kat dahi, bla3... WTH MANALAH AKU TAHU. Nak buat call emergency cam dalam reality show "Who want to be a millionaire" tu lak aku nak tanya sapa? Opah aku? Nenek tiri punya jiran sedara kahwin tiga tu? Tak ke pelik tetiba kalau kawan aku dapat call dari aku pastu tanya benda2 alah ni. Nak kena hempokkk doplohnam das atas dahi? 

So pas habis i'view tu, dia cakap akan call esok kalau aku dapat. Dan aku harap aku tak dapat. Serious. Esok tu lak kring kringg check number hahh ambekkk dari COSWAY!!! Tergolek-guling aku dari katil, pastu terus tekan reject call.. Muahahhahh tanak aku kerja kat kedai camni. 3 kali kot missed call, tapi aku tak layan..... Tak pasal kerja aku nanti jadi si penjual kondom

Meanwhile tu ade plak call yang masuk. Ouh nasib baik bukan dari Cosway lagi, so aku pick up lah. Pastu ade sorang akak ni cakap pasal application aku untuk jadi waiter kat Noodle Station KB Mall tu accepted! Tapi jap, bila plak aku apply jadi waiter ni? Flashback balik ouh rupanya hari tu time jenjalan ngan member, tengok kat wall kaca Noodle Station tu siap iklan lagi "VACANCY AS A WAITER" so apolagi, terus terjah manager NS nak apply kerja.. Alhamdulillah application aku accepted gak! Well at least ade lah jugak orang nak terima aku..

nak jadi waiter kena prektis angkat dulang dulu eh

But before that kena lah pergi inject kebal kepialu dulu kat klinik. Part ni paling tak suka lah weh. Pastu lak pergi kursus pengendalian makanan kat mana dah entah. 3 jam ooo duk dengar taklimat saja, boring takleh nak kata. Nasib baik ada macik bakal penjual goreng pisang jadi teman sembang merapu time ceramah. Orang tengah galak bincang pasal kebersihan premis, diorang ni sibuk gosip pasal Zain Saidin nak kawen ngan Cik Ta. Adooi macik macik... Last skali kena pergi buat kad pengendali makanan kat pejabat kesihatan KB. So pas siap semua benda tu yehaaaaa esok dah bolehhhh start masukkkkk kerjaaaaaa!

So mesti korang berminat gak nak tahu pasal experience aku kerja jadi waiter kat Noodle Station kan? Camna kerja dia, best tak? Gaji berapa ribu sebulan? Emm kalau aku cerita kat sini gak, gerenti entry ni telajak sampai Greenland. So aku cerita dalam next entry lah ok! So stay tuned...


p/s : doakanlah aku supaya beristiqamah dalam menulis blog ni...



No comments: